Raja-Raja

Icerd Dan Statut Rom Ibarat Reinkarnasi Malayan Union, Pencabar Kedaulatan Raja-Raja Melayu!

Malayan Union telah diperkenalkan di Tanah Melayu pada 1 April 1946 dan hanya bertahan selama dua tahun  iaitu dari tahun 1946 sehingga 1948.

Ia telah mendapat pelbagai reaksi sebelum dan selepas penubuhannya, tentangan ini terdiri daripada pelbagai pihak khususnya orang Melayu.

Semasa British datang kembali dek kerana Jepun menyerah kalah, satu sistem pentadbiran baharu telah diperkenalkan oleh British pada masa itu, dikenali sebagai Malayan Union.

Kuasa Raja-Raja Melayu ini haruslah diserahkan kepada Raja Britain. Jika kita amati catatan sejarah, kuasa Raja-Raja melayu ini telah diberikan melalui paksaan oleh British.

Mengikut undang-undang antarabangsa, sesuatu perjanjian tidak boleh ditandatangani dengan cara paksaan. Maka boleh dianggap bahawa persetujuan tersebut sebagai tidak sah

Jika Raja-Raja Melayu ketika itu tidak berdaulat, kenapa pihak British memerlukan tandatangan Raja-Raja Melayu? 

Melalui undang-undang antarabangsa, hanya ketua negara ataupun orang yang layak untuk menandatangani perjanjian antarabangsa.

Maka, melalui tandatangan daripada raja-raja itu barulah Malayan Union boleh diwujudkan. Memandangkan Raja-Raja Melayu merupakan ketua di Tanah Melayu pada ketika itu.

Ketika itu jugalah UMNO ditubuhkan oleh Dato’ Onn Jaafar yang membawa suara rakyat dan membantah pelantikan gabenor pertama Malayan Union, iaitu Sir Edward Gent.

Ini jelas menunjukkan bahawa orang melayu mendaulatkan Institusi Raja-Raja Melayu dan memperakuinya sebagai ketua di Tanah Melayu sehingga masa kini.

Pada masa kini Institusi Raja-Raja Melayu ini masih menjadi perihal yang diambil berat oleh orang melayu. 

Sebagai contoh, cubaan menandatangani perjanjian ICERD dan juga Statut Rom pada tahun 2018, yang menimbulkan kemarahan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Seramai 55,000 orang rakyat bersama ahli politik Malaysia berhimpun di Dataran Merdeka bagi menunjukkan bantahan dan protes kepada kerajaan berkenaan isu tersebut.

Suara rakyat pada ketika itu telah diangkat yang merasakan bahawa kerajaan tidak perlu untuk menandatangani dan harus menarik kembali perjanjian tersebut.

Sistem Raja-Raja Melayu mempertahankan hak istimewa orang Melayu, agama Islam dan, malah ia melambangkan perpaduan dan juga keamanan serta ketenteraman awam. 

Tuntasnya, Institusi beraja melambangkan ataupun reflect perpaduan kaum dan juga ketenteraman awam.

Dengan sistem ini, kita mampu menjamin kestabilan dan juga perpaduan kaum yang kita ada di Malaysia

Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button