Trend ibu bapa Melayu zaman sekarang suka namakan anak-anak dengan nama mat salleh itu benar.
Tengok saja nama-nama budak-budak dekat sekolah, Noah la, Katty la, Qistina la. Nama-nama yang dalam Melayu atau Arab yang dimodenkan.
Sejarah ‘pemodenan’ atau ‘penginggerisan’ nama-nama Melayu dan Islam ini bukanlah sesuatu yang baru.
Sejak daripada zaman pembaharuan Renaissance lagi nama-nama Islam sudah dilatinkan atau penjenamaan semula dalam bahasa Inggeris.
Sewaktu zaman itu, nama-nama cendekiawan Islam yang hebat telah dilatinkan seperti Ibnu Sina kepada Avicenna, Ibnu Rush kepada Averroes, Al-Farabi kepada Alpharabius, Ibn Bajja kepada Avempace, Ibn al-Haytham kepada Alhazen dan ramai lagi.
Tujuan melatinkan nama-nama Islam ini mempunyai banyak faktor-faktor tertentu, antaranya ialah untuk memudahkan menyebut nama-nama yang asing bagi mereka, namun ada juga tujuan yang lebih besar daripada itu.
Antara yang lainnya ialah orang-orang barat mencedok atau dengan bahasa kasarnya mencuri ilmu-ilmu sarjana Islam itu lalu ilmu-ilmu tersebut dipatenkan atas nama mereka masing-masing untuk mencari keuntungan.
Bukan sahaja untuk mencari keuntungan, namun apa yang lebih penting, mereka mahu nama mereka untuk dikenali sebagai penemu ilmu-ilmu baru di dunia di dalam bidang perubatan, astronomi, falsafah dan sebagainya.
Sekali gus, ini mengangkat tamadun mereka ke mata dunia dan penduduk dunia lain akan menghormati mereka sampai bila-bila.

Budaya tuntut-dakwa (claim) ini telah lama diamalkan dalam tamadun barat. Mereka dah lama rancang. Namun bukan kita lalai, tapi tak nak buat apa-apa. Lagi ramai menyokong ada la.
Jadi, budaya melatinkan nama Islam ini bukan sesuatu yang janggal, tapi apa yang menyedihkan, ibu bapa zaman sekarang memang suka melatinkan pula nama-nama Melayu.
Lama-kelamaan, nama Melayu yang bunyi Melayu akan dipinggirkan, mungkin dalam masa 10 tahun, masyarakat Melayu majoritinya akan dinamakan bahasa Inggeris jika perkara ini tidak dihentikan dari sekarang.
Jika ada yang tanya, apa salahnya? Lebih modenkan?
Salah dari segi agama itu memang lah tidak, namun, apa akan jadi dengan budaya Melayu kita?
Pemikiran Melayu moden, Melayu liberal yang mengatakan guna nama Islam, nama Melayu itu kolot perlu diperbetulkan.
Nama-nama Melayu klasik sebagai contoh mempunyai keindahan dan auranya sendiri seperti Srikandi, Kartika, Arjuna, Tuah dan sebagainya.
Nama-nama inilah yang seharusnya kita jadikan sebagai ikutan dan sekali gus mengangkat kembali bahasa-bahasa Melayu.
Sekian.