Adakah orang Melayu mula mempertahankan tanah air ataupun mula berperang ketika penjajah Barat masuk ataupun sebelumnya lagi telah berperang? Adakah benar?
Orang Melayu ini sebenarnya telah berperang sudah lama, sebelum kedatangan penjajah pun orang Melayu sudah mahir dalam ilmu-ilmu peperangan.
Pencatatan tentang perang Melayu antara yang terawal dicatatkan dalam Batu Bersurat Kedudukan Bukit.
Pada batu bersurat ini, ditulis bahawa pengasas kerajaan Srivijaya yang namanya Dapunta Hyang Sri Jayanasa telah membawa 20 000 orang bala tenteranya bergerak dari sebuah tempat yang namanya Minametanbal.
Sebahagian besar ahli sejarah menyatakannya di Candi Muara Takus. Candi Muara Takus ini di Riau.
Beliau bergerak dari Riau pergi ke Kedudukan Bukit di Sungai Musi.
Di tepi Sungai Musi itu, beliau berperang di sana, menawan tempat itu dan mengasaskan, menubuhkan kerajaan Srivijaya.
Ini berlaku pada abad ke-7 Masihi.
Ini ialah pencatatan yang terawal tentang perang yang berlaku di Alam Melayu.
Ibnu Battuta juga telah mencatatkan dalam Rehlah, ketika beliau sampai di sebuah kerajaan Islam di Alam Melayu ini, Samudera Pasai, yang terletak di utara Acheh.
Ibnu Battuta menyatakan, ketika beliau sampai di Samudera Pasai ini, beliau bertemu dengan seorang sultan yang soleh.
Namanya, Sultan Malik Al-Zahir Thani.
Sultan Malik Al-Zahir ini seorang sultan yang dermawan, yang alim, yang mencintai para fuqaha dan juga mencintai majlis ilmu, banyak menganjurkan majlis ilmu.
Hal ini menggambarkan bahawa suasana Islam itu telah wujud dan kuat di Samudera Pasai.
Ibnu Battuta menyatakan, Sultan Malik Al-Zahir ialah seorang sultan yang sangat mencintai jihad.
Bukan sahaja baginda mencintai jihad, rakyatnya juga mencintai amalan berjihad.
Malah, Ibnu Battuta mencatatkan dalam Rehlah tentang keberangkatan Sultan Malik Al-Zahir ini bersama-sama tentera Samudera Pasai berjihad berlawan dengan kerajaan yang pada ketika itu bukan Islam, iaitu kerajaan Murjawa.