Isu Semasa

Hujan Renyai & Musibah Banjir Tak Halang Warga Kota Buru Keseronokan Malam Tahun Baru!

Pada malam setiap 31 Disember, budaya masyarakat keluar rumah untuk mencari keseronokan dunia bagaikan masih belum padam.

Teringat pada hujung tahun 2019, Malaysia tidak terlepas meraikan ambang 2020 dengan penuh meriah dan gegak gempita.

Namun beberapa bulan selepas itu, Allah hadiahkan Covid-19 dan hamba-hambaNya yang baik telah dijemput awal untuk urusan seterusnya.

Jadi selama beberapa bulan, Malaysia insaf dan buktinya juga boleh dilihat pada penghujung 2020, orang ramai tidak berani menyambut ambang tahun 2021.

Hal ini demikian kerana yang pertama, larangan daripada pihak kerajaan untuk pencegahan penyakit dan pada ketika itu, masih ramai yang mati angkara Covid-19.

Kini dek semua orang hampir telah divaksin, kelonggaran itu mula dipraktikkan dan orang ramai pun jadi bosan dengan SOP yang ada.

Maka masing-masing memilih untuk menikmati kehidupan dengan cara yang tersendiri dan pada penghujung 2021, gelora jiwa malam akhir tahun 2019 seperti membuak-buak kembali.

Apa-apa pun, semoga Allah pelihara diri kita dan iman kita terutamanya kerana dunia ini cuma sementara dan tiada apa-apa yang menyeronokkan sangat pun.

Lebih takut jika amalan di dunia kurang sehingga tidak mampu memberikan kita kebahagian untuk dunia yang kekal selamanya di akhirat kelak!

KLIK PADA GAMBAR UNTUK PENDAFTARAN
Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker