Pada hari ni dalam tahun 1983, Parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM), telah dilancarkan penubuhannya oleh Pengerusi penaja HAMIM Datuk Haji Asri b. Haji Muda di Kota Bharu, Kelantan.
Matlamat perjuangan HAMIM antara lain adalah untuk memperjuangkan Islam agar diterima dan diyakini sebagai akidah dalam semua bidang kehidupan dalam menuju keredhaan Allah melalui dakwah secara lisan atau tulisan serta amalan.
Selain itu, HAMIM juga akan memperjuangkan untuk mewujudkan sistem keadilan, perundangan dan pentadbiran yang sesuai dengan nilai-nilai Islam supaya sikap, nilai dan aktiviti negara dan masyarakat selaras dengan ajaran Islam.
Dalam ucapannya Dato’ Asri memaklumkan, HAMIM mempunyai satu badan tertinggi yang dianggotai oleh kalangan ulama yang diberi nama ‘Majlis Ulamak’.
Majlis ini bertanggungjawab memberi nasihat dan pandangan mengenai perjuangan HAMIM supaya tidak melencong dari kehendak Islam. Penubuhan HAMIM diharap dapat memperjuangkan Islam ke arah kesempurnaan keluarga, masyarakat dan Negara.
Walau bagaimanapun, parti politik Islam ini tidak bertahan lama apabila ianya diharamkan oleh kerajaan British dengan dakwaan bahawa HAMIM menjalin hubungan dengan Parti Komunis Malaya (PKM) yang diharamkan.
Ordinan Darurat 1948 yang diluluskan menyebabkan HAMIM diharamkan dan dianggap bahaya. Ramai anggota HAMIM melepaskan diri mereka dari tindakan British dengan menyertai UMNO.
Apabila puak ulamak di dalam UMNO berpecah keluar daripada parti itu, mereka menubuhkan Persatuan Islam Sa-Malaya (Pan-Malayan Islamic Association), dengan singkatan PAS.
Pada masa itu, perlembagaan persatuan membenarkan keahlian bertindih di dalam PAS dan UMNO yang menjadikan ramai ahli kedua-dua pertubuhan menganggap diri mereka juga ahli pertubuhan yang lain.
Akhirnya, peruntukan keahlian bertindih di dalam perlembagaan parti dibatalkan dan PAS mula muncul sebagai entiti yang tersendiri.
Sumber : Arkib Negara Malaysia
MISI CAPAI 100,000 LIKE SEBELUM 31 DISEMBER 2022
[wpdevart_like_box profile_id=”100109992115173″ stream=”hide” connections=”show” width=”320″ height=”130″ header=”medium” cover_photo=”show” locale=”en_US”]Anda memiliki tulisan mengenai Melayu yang ingin dikongsikan? Hantar di sini.
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok Demi Malaiu. Sertai Telegram kami DI SINI untuk kandungan yang menarik dan membangkitkan jati diri bangsa!