Lebih 300 tahun lalu, nama Syeikh Yusuf Makassar tidak asing lagi bukan saja di wilayah Nusantara, namun termasuk juga wilayah di Afrika dan Sri Lanka. Beliau adalah seorang Ulama Alam Melayu yang berjuang menentang penjajah dan berusaha menyuburkan agama Islam dimana sahaja beliau berada.
Syeikh Yusuf Makassar dilahirkan di Makassar, Sulawesi pada tahun 1626. Setelah mendapatkan pendidikan di pelbagai negara termasuk Indonesia, Yemen dan Arab. Beliau menjadi salah seorang ulama tarekat sufi dan juga penentang tegar penjajah yang menyebabkan beliau dibuang negeri sebanyak 2 kali.
Setelah Belanda beberapa kali ditentang oleh Syeikh Yusuf Makassar dan pengikutnya, mereka bersepakat untuk menempatkan Syeikh Yusuf di negeri lain. Namun, jangkaan Belanda meleset apabila mereka menganggap pemberontakan daripada Syeikh Yusuf akan berakhir setelah beliau dibuang ke Sri Lanka pada 1684. Namun, semangat juang beliau untuk sebarkan agama Islam semakin rancak di sana.
Kerana ketidak puasan hati, Belanda kemudian menempatkan Syeikh Yusuf Makassar ke Afrika pula pada tahun 1693. Di Afrika, beliau bukan sahaja menyebarkan dan menyuburkan agama Islam dan mengajar rakyat disana, Syeikh Yusuf Makassar juga memberi motivasi dan menyuntik semangat juang kepada warga di Afrika untuk tidak hanya tunduk kepada penjajah.
Baca juga>> Antara Subsidi dan Rasuah
Akhirnya, riwayat dan perjuangan Syeikh Yusuf Makassar berakhir di Afrika sewaktu umurnya 75 tahun dan makamnya di telah pindahkan ke Makassar semula.
Semangat juang Sheikh Yusof diakui sendiri oleh bekas Presiden Nelson Mandela sehingga beliau diberikan julukan sebagai Putera Terbaik Afrika. Mandela menganggap Sheikh Yusof sebagai ‘role model’ dalam melawan arpetheid oleh penjajah.
Selain itu juga, Syeikh Yusuf Makassar juga adalah salah satu individu yang bertanggung jawab menyebarluaskan budaya Melayu di Afrika. Bukti, terdapat sebuah penempatan bernama Keramat Makassar, yang terletak tidak jauh dari kubur Syeikh Yusuf Makassar. Lokasi itu didiami oleh sekurang-kurangnya 40 buah keluarga. Uniknya, kebanyakan penduduk di situ mengaku mempunyai nenek moyang dari Makassar. Selain itu, terdapat pengaruh bahasa Melayu di dalam perbendaharaan bahasa orang Afrika Selatan seperti hari raya, berbuka, pinggan, bersyukur dan berdoa. Kini, orang-orang Melayu disana dikenali sebagai Melayu Cape.
Semangat juang Sheikh Yusuf Makassar ini sangat perlu diketahui oleh orang Islam bukan sahaja di Malaysia namun di seluruh dunia kerana tidak putus asa beliau untuk menyebarkan dakwah di mana-mana sahaja berada walaupun sudah beberapa kali di buang negeri. Atas berkat usaha beliau, agama Islam tersebar luas di benua Afrika.