Agama

Hikmah Di Sebalik Puasa Bulan Sya’ban

SYAABAN salah satu bulan Haram (al-Ashhur al-Hurum). Kekhususan bulan ini diberikan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran.

Empat bulan haram ini diperincikan dalam Hadis turun dari Abhi Bakrah RA yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW.

Waktu berputar seperti ketika Allah SWT menciptakan langit dan bumi. Setahun terdiri daripada 12 bulan, di antaranya terdapat 4 bulan haram, tiga daripadanya tertib (Dzulqaedah, Zulhijjah dan Muharram) dan yang keempat adalah antara Jamadhil akhir dan Sya’aban Serta Bulan Rejab.

Sya’aban dikenali sebagai bulan di mana segala amalan diangkat ke sisi Allah SWT dan Rasulullah SAW memperbanyakkan puasa dan ibadah sunat berbanding bulan-bulan lain.

Umat Islam digalakkan untuk memperbanyak puasa sunat dalam bulan Syaaban. “Daripada Usamah bin Zaid dia berkata, aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W; “Wahai Rasulullah S.A.W, aku tidak pernah melihat engkau berpuasa pada bulanbulan lain sebagaimana (kerapnya) engkau berpuasa di bulan Syaaban.

Dinamakan bulan haram kerana pada bulan tersebut Allah SWT melarang seluruh hamba-Nya untuk berbuat dosa atau melakukan hal yang dinilai haram menurut syariat Islam. Hal ini telah Allah SWT telah berfirman  dalam surah At Taubah ayat 36 :
إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِنْدَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنْفُسَكُمْ وَقَاتِلُوا الْمُشْرِكِينَ كَافَّةً كَمَا يُقَاتِلُونَكُمْ كَافَّةً وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ

Firman Allah SWT: “Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah 12 bulan, (yang ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan dihormati. Ketetapan demikian itu ialah agama betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya seperti mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang bertakwa.”

(Al-Taubah: 36)

Salah satu sunnah yang boleh dilaksanakan di bulan Sya’ban ialah memperbanyak puasa.

Namun, apakah hikmah di sebalik melaksanakan puasa sunnah tersebut?

Disebutkan oleh Ibnu Rajab al-Hanbali mengenai hikmah puasa Sya’ban sebagaimana berikut:

  1. Bulan Sya’ban adalah bulan di mana manusia lalai kerana mereka sudah terhanyut dengan istimewanya bulan Rajab (yang termasuk bulan Haram) dan juga menanti bulan sesudahnya, iaitu bulan Ramadhan.
  2. Tatkala manusia lalai, inilah keutamaan melakukan amalan puasa ketika itu. Sebagaimana seseorang yang berzikir di tempat orang-orang yang begitu lalai dari mengingat Allah (seperti ketika di pasar), maka zikir ketika itu adalah amalan yang sangat istimewa.
  3.  Nabi ﷺ biasa berpuasa setiap bulan sebanyak tiga hari. Terkadang baginda menunda puasa tersebut hingga baginda mengumpulkannya pada bulan Sya’ban.
  4.  Puasa di bulan Sya’ban adalah sebagai latihan atau pemanasan sebelum memasuki bulan Ramadhan. Jika seseorang sudah terbiasa berpuasa sebelum puasa Ramadhan, tentu dia akan lebih kuat dan lebih bersemangat untuk melakukan puasa wajib di bulan Ramadhan.

📚 Lataif al-Ma’arif, hlm. 234-243.

 

Ikuti Kami Di Facebook Ini

[wpdevart_like_box profile_id=”100089655426148″ stream=”hide” connections=”show” width=”330″ height=”100″ header=”small” cover_photo=”show” locale=”en_US”]

Anda memiliki tulisan mengenai Melayu yang ingin dikongsikan? Hantar di sini.

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok Demi Malaiu. Sertai Telegram kami DI SINI untuk kandungan yang menarik dan membangkitkan jati diri bangsa!

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker