Agama

Hikayat Tuan Tulis Yang Mampu Hasilkan Pena & Dakwat Buatan Sendiri

Serangkap pantun mukadimah…

Berakit-rakit ke hulu,
Berenang-renang ketepian,
Bersakit-sakit dahulu,
Bersenang-senang kemudian.

Kemiskinan hidup bukanlah penghalang atau alasan bangsa Melayu tidak boleh berjaya.

Selagi kita percaya bahawa doa dan usaha gigih itu menjadi kekuatan dalam mengejar apa juga cita-cita murni.

Maka, tidak ada yang mustahil lagi kalau dihati itu tersemat keinginan sejati.

Hal ini juga pernah terjadi 100 tahun lalu kepada seorang anak muda yang lahir dalam keluarga miskin penuh kekurangan.

Tetapi dia tetap bersemangat menuntut ilmu agama di zamannya.

Walaupun tokoh yang dimaksudkan ini merupakan nama agak asing bagi sesetengah kita.

Namun kisah kecekalan diri, nekad dan tekad tauladan hidupnya boleh dijadikan pengajaran sebagai penguat semangat demi mencapai apa jua cita-cita yang diimpikan.

Beliau yang dimaksudkan bernama Haji Ismail bin Hussein berasal dari Kampung Kuala Talang, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Merupakan seorang ulama alam Melayu diberi gelaran ‘Tuan Tulis’.

Dikatakan Tuan Tulis juga merupakan salah seorang dari 7 waliyullah yang ada di Tanah Melayu.

Mengikut riwayatnya, beliau dilahirkan tanggal 1840 dan meninggal dunia dalam tahun 1923.

Ketika berguru di pengajian pondok di Kampung Lubuk Kawah, Temerloh, Pahang, Tuan Tulis sangat miskin, tidak mampu membeli buku apatah lagi sebatang pena.

Tetapi hal itu tidak menyebabkan beliau patah semangat.

Diceritakan, apa yang dilakukannya ialah meminjam buku rakan-rakan sekelasnya dan menyalin semula buku itu dengan tulisannya sendiri.

Kerja-kerja menyalin kitab itu dilakukan secara istiqamah sehingga setiap kitab yang khatam diajar oleh gurunya turut disalin dengan tulisan tangannya sendiri hingga selesai.

Maka banyaklah kitab yang disalin olehnya.

Oleh kerana tekunnya menulis ini menyebabkan guru dan rakan sepengajiannya menggelar beliau “Ismail Tulis” dan dia tetap senang dengan gelaran itu.

Kerana sudah terbiasa dan menjadi rutinnya, dia masih tidak henti-henti menulis dengan menyalin kitab-kitab agama termasuk naskah al Quran walaupun selepas tamat perguruannya.

Sehingga kini karyanya masih ada tersimpan seperti jilid pertama kitab Tafsir Jalalain manakala jilid keduanya sudah hilang bersama banyak lagi kitab yang lain.

Juga masih ada di simpan ialah 30 juzuk al-Quran yang disalin pada masa masa lapang semasa beliau menuntut kitab-kitab dan al-Quran.

Pena dan Dakwat Buatan Sendiri, Anak Melayu Kuat berdikari

Apa yang lebih hebat dan menarik ialah kitab yang disalin dengan tulisan tangannya sendiri itu ditulis dengan pena dan dakwat yang juga dibuat sendiri.

Teknologi dakwat ciptaannya diperbuat antara campuran arang dan getah limau kasturi manakala penanya dibuat daripada bilah segar kabung.

Disebabkan itu juga orang kampung turut menggelarnya ‘Tuan Tulis’.

Lantas ada yang sampai menggelarnya ‘Tun Tulis’.

Selepas meninggal dunia, Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhammad Shah Ibni Tuanku Antah (1865-1933) ketika itu menitahkan,

Agar dibina bangunan di makam Tuan Tulis dan kekallah bangunan itu hingga ke hari ini sebagai memperingati berkat riwayat hidup dan jasanya.

Sesuailah dengan pepatah Melayu yang berbunyi “di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya.”

Jelas di sini, bangsa Melayu yang pernah dimomokkan sebagai satu bangsa yang malas itu hanyalah mitos.

Ia hanya cerita yang diada-adakan bagi menutup kehebatan sebenar Tamadun Gemilang Bangsa Melayu.

Kisah Tuan Tulis ini membuktikan sejak lebih 100 tahun dahulu lagi bangsa Melayu itu satu bangsa yang sangat bijak dan rajin.

Malah tekun serta gigih dalam melakukan apa juga pekerjaan.

Ingatlah, bangsamu itu bangsa pejuang yang pintar dan gagah!

Bangkitlah! Melangkahlah sebagai pejuang Melayu sejati agar bangsa ini terus disegani, dihormati dan digeruni.

➡️ Sertai Group Whatsapp Pencinta Ulama

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker