Daun kaduk merupakan herba orang melayu yang ramai tidak tahu dan dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.
Sudah ramai orang-orang Melayu meninggalkan herba yang dikurniakan Allah SWT sebagai perawat penyakit pada era ini.
Masing-masing seperti lebih menjurus kepada perubatan moden yang hanya bergantung kepada ubat-ubatan seperti pil misalnya.
Apabila bercakap tentang herba, majoriti Melayu moden menolak kerana tidak tahu kelebihan dan juga khasiatnya.
Bagi mereka herba itu adalah sekadar pokok yang tumbuh melata, boleh ditebas dan tidak memberi sebarang manfaat.
Sama seperti nasib pokok akar kaduk yang daunnya memiliki lapan khasiat semulajadi untuk merawat penyakit moden.
Antaranya tanpa bergantung kepada ubat-ubatan farmasi dan juga klinik, daun kaduk boleh sembuhkan masalah sembelit.
Selain itu, daun kaduk juga diyakini amat berkesan dalam merawat sakit gigi, demam malaria serta lemah dan sakit tulang.
Bagi yang mengalami masalah kencing tidak lawas, selsema, batuk, panau atau bisul, daun kaduk adalah penyelesaiannya.
Cara menggunakan daun kaduk ini cukup mudah kerana kita hanya perlu merebus dan meminum airnya seperti air biasa.
Juga boleh dipetik daunnya lalu ditumbuk sehingga lumat untuk kurangkan masalah kulit berpanau atau bisul yang menyakitkan.
Cara untuk mengenali bagaimana rupa daun kaduk ini adalah bentuk daun seperti daun sirih atau lonjong.
Memiliki warna hijau gelap dan urat daun yang jelas dan berketak-ketak selain batangnya boleh dikategorikan sebagai lembut.
Daun kaduk mengeluarkan aroma atau bau apabila diramas atau dikoyakkan dan ia menjadi komponen penting perubatan herba Melayu.
Baca juga >> 8 Jenis Lauk Melayu Bersifat Anti Keradangan, Semuanya Bagus Untuk Kesihatan!
Untuk tambah ilmu herba tradisional, anda boleh tonton video >> Kearifan Etnosains Perubatan Melayu: Di Manakah Kita?