Herba Melayu memiliki keunikan tersendiri kerana identitinya yang tidak didapati di negara-negara lain.
Dalam alam Melayu, Pengerusi Pertubuhan Penyelidikan Manuskrip Melayu (Perdiman), Ustaz Muhammad Nasiruddin Mohd. Sobri berkongsi empat sifat utama herba Melayu.
“Jika tengok dari segi ilmu perubatan Melayu tradisional, terdapat empat sifat utama pada herba Melayu iaitu panas, sejuk, basah dan kering.
“Konsep keseimbangan herba dalam alam Melayu ini bermain dengan perkara yang berlawanan, jika penyakit itu jenis panas, herba yang digunakan perlulah bersifat sejuk,” kata Nasiruddin.
Tambah beliau lagi, antara herba orang Melayu seperti yang diketahui umum ialah kapur barus, geharu, cendana, kemenyan, tongkat ali, kacip fatimah dan lain-lain.
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok Demi Malaiu. Sertai Telegram kami DI SINI untuk kandungan yang menarik dan membangkitkan jati diri bangsa!