Perubatan

Herba Melayu Bukan Biasa-Biasa, Sekali Kena Mesti Teringat!

Perubatan Melayu adalah sejenis bidang perubatan yang menggunakan herba dan bahan dari alam sekeliling sebagai satu kaedah rawatannya.

Ia popular sejak berabad lalu oleh masyarakat Melayu. Ia adalah terapi perubatan yang di akui dan memiliki kekuatan tersendiri.

Ini kerana perubatan berasaskan alam semula jadi mudah didapati dan diamalkan.Orang tua zaman dahulu telah menjalankan percubaan demi percubaan, dalam merawat pelbagai jenis penyakit yang dihidapi oleh pesakit.

Ilmu perubatan ini telah diturunkan dari generasi ke generasi secara lisan. Perubatan tradisional Melayu memiliki daya tarikan tersendiri, kerana ia memberikan perhatian khusus pada setiap pesakit.

Perkataan herba dalam konteks sains tumbuhan (botani) bermakna sebarang tumbuhan yang tidak berkayu atau hanya sedikit berkayu, berbeza daripada tumbuhan renek atau pokok berkayu.

Beberapa spesies ikon industri herba Malaysia seperti tongkat ali, kacip fatimah, serai wangi, pegaga dan gaharu adalah susur galur daripada R&D yang dilaksanakan Institusi Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) bagi menghasilkan ekstrak herba yang berkualiti.

Pasaran ekstrak herba dan tumbuhan global diunjurkan bakal meledak ke tahap begitu pesat, iaitu peningkatan daripada AS$30.8 bilion (RM145.135 bilion), pada 2021 kepada AS$55.3 bilion (RM260.582 bilion) menjelang 2026.

Mengikut Dasar Agromakanan Negara (DAN) 2010 hingga 2020, pengeluaran herba dijangka meningkat daripada 17,000 tan metrik kepada 73,000 tan metrik dengan kadar pertumbuhan 15.4 peratus setahun.

Keadaan itu menyebabkan Institusi Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) memperkasa industri herba dengan memberi penekanan terhadap empat isu utama, iaitu meneroka sumber boleh diperbaharui yang berpotensi untuk melonjakkan potensi ekonomi dan biodiversiti negara.

Berdasarkan tinjauan FRIM pada 2015 terhadap pembekal anak pokok, penanam, pengusaha produk, pemborong dan peruncit, anggaran nilai keseluruhan industri herba adalah sebanyak RM2.6 bilion.

Di negara ini, antara penemuan terbaharu berkaitan tanaman herba ialah khasiat mengkudu dalam merawat kanser kolorektal (CRC), hasil kajian sekumpulan penyelidik Universiti Malaya (UM) yang diketuai oleh Prof Madya Dr Nurshamimi Nor Rashid, pensyarah kanan di Jabatan Perubatan Molekul, Fakulti Perubatan.

Penemuan itu diyakini dapat mengurangkan beban penjagaan kesihatan barah CRC yang tinggi sekarang disebabkan majoriti penghidap CRC yang datang ke hospital untuk rawatan adalah pesakit peringkat akhir dengan prognosis yang tidak baik.

Sementara itu, Pegawai Pertanian Kanan di Bahagian Pengembangan Pertanian, Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), Universiti Putra Malaysia Mahani Amat melihat peningkatan penggunaan produk herba, khususnya sebagai ubat-ubatan tradisional kebelakangan ini yang mungkin ada kaitan dengan penularan COVID-19.

“Sebagai contoh penggunaan daun ketum ayam (Trichanthera gigantea) sebagai sumber makanan alternatif yang popular dalam kalangan penternak ayam.

Baca juga>> NGO Sepakati Video Promo Festival George Town Nafi Kewujudan Kebudayaan Melayu?

“Daun ketum ayam didapati mengandungi bahan protein yang tinggi dan mampu memberikan kesihatan yang lebih baik kepada ternakan.

“Kajian dan sokongan seumpama ini perlu diterokai dengan lebih mendalam dan mungkin pada masa akan datang daun ketum ayam segar boleh dihasilkan dalam bentuk pelet,” katanya.

Malaysia adalah salah satu pusat penghasilan tanaman ubatan yang berpotensi kerana ia memiliki hutan tropika yang sangat luas.

Oleh itu khazanah alam ini perlu dipulihara sebaik mungkin agar tidak pupus. Terdapat kira-kira 7000 spesies tumbuhan herba yang mempunyai nilai ubatan di Malaysia. Namun begitu, khasiat tumbuhan ubatan ini masih belum dimanafaatkan sepenuhnya untuk mengubati penyakit.

Kesedaran terhadap kesan sampingan ubatan kimia menyebabkan masyarakat mencari rawatan alternatif seperti menggunakan sumber tumbuhan sebagai penawar untuk menyembuhkan pelbagai penyakit.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia  (WHO) menganggarkan bahawa 80 peratus individu masih bergantung kepada ubat-ubatan tradisional seperti herba, akar kayu dan rumpai sebagai ubat.

Kesedaran masyarakat dalam penggunaan produk herba telah menjadikannya sebagai sumber ekonomi. Kebanyakan herba telah diekstrak dan dicampurkan ke dalam bahan makanan kesihatan, produk kesihatan, kosmetik serta ubat-ubatan.

Sebagai khalifah, manusia diberikan keistimewaan menggunakan apa jua yang ada di dunia ini termasuk tumbuhan demi kebaikan sejagat.

Antara keperluan tumbuhan kepada manusia ialah sebagai makanan dan ubatan. Madu yang disebutkan oleh aI-Quran dan hadith sebagai sebaik baik ubat untuk pelbagai jenis penyakit adalah hasil himpunan khasiat bunga daripada pelbagai jenis tumbuhan.

Rasulullah SAW menunjukkan beberapa cara berubat seperti dengan cara berjampi, berbekam, menggunakan madu serta bahan dari haiwan dan herba. Baginda juga bersabda, bermaksud;

‘Bagi setiap penyakit itu ada (tersedia) ubatnya; maka apabila bertepatan antara ubat dengan penyakit. ia akan sembuh dengan izin Allah.’

Menarik: RUU Mufti WP: Antara Undang-Undang & Amalan

Lihat lagi

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker