Agama

Hati-hati Dengan Ajaran Wahabi Kalau Tidak Mahu Masuk Dalam Lembah Kemunafikan

Kepada semua umat Islam di Malaysia, berhati-hatilah dengan kemunafikan Wahabi.

Ancaman mereka telah memecahbelahkan umat Islam di negara ini bahkan di negara-negara lain juga.

Sebagai umat Islam yang berakidah ahli sunnah wal jamaah, kita mesti cakna dengan ajaran yang disebarkan mereka supaya kita tidak termasuk di dalam kelompok mereka.

Pertama sekali, dalam fahaman Wahabi, mereka sewenang-wenangnya membidaahkan perkara-perkara yang sunat.

Perkara-perkara ikhtilaf (suatu yang saling bercanggahan dan tidak ada kesepakatan) dikatakan sebagai bidaah (segala hal-hal baharu di dalam agama yang tiada contohnya daripada Rasulullah SAW terutamanya hal-hal akidah dan ibadah).

Walhal perkara-perkara yang sunat yang tiada sanad bertulis yang jelas (ianya boleh juga datang daripada lisan) tidak sepatutnya di tepis semberono dan dibidaahkan.

Ini boleh menimbulkan pergaduhan dan perpecahan antara umat di Malaysia ini.

Seperti mana kita membaca Yassin pada malam Jumaat, mereka mengatakannya bidaah.

Begitu juga dengan tahlil, mereka menganggapnya bidaah sedangkan tahlil itu membaca al-Quran untuk menyampaikan pahalanya kepada roh kerana menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah, pahala itu sampai.

Beberapa tahun yang lepas, perkara ini telah menjadi isu yang hangat di dalam negara kita kerana dek fahaman wahabi yang terus menjatuhkan dosa bagi sesiapa yang menziarahi kubur, lebih-lebih lagi pada hari raya.

Lihat sahaja kesannya kepada umat Islam di negara ini, kita bertegang lidah kerana isu yang kecil ini dan apa yang lebih teruk lagi, perpecahan umat Islam semakin pincang.

Jadi jika kita lihat dalam sejarah, Wahabi ini telah menjatuhkan empayar Khilafah Uthmaniyyah.

Mereka telah bersepakat dan mengumpulkan kekuatan untuk menjatuhkan empayar Uthmaniyyah di Arab Saudi.

Salah satu faktor yang terbesar ialah apabila Muhammad bin Abdul Wahab telah menubuhkan Wahabi dan menghidupkan semula ajaran Ibnu Taimiyyah yang telah dimatikan oleh Mazhab pada masa itu.

Mereka memasukkan orang kafir kepada Islam dan pada masa yang sama, mengeluarkan orang Islam itu daripada agama Islam itu sendiri iaitu mengkafirkan orang Islam contohnya orang yang sedang bertawassul, beristighasah dikatakan sebagai syirik sedangkan itu bukan syirik kerana wujud ayat al-Quran dan hadis yang menyatakan bolehnya bertawassul.

*Tawasul adalah perbuatan menggunakan perantaraan dalam berdoa. Perantaraan di sini bermaksud menggunakan ‘orang tengah’ atau benda untuk membolehkan sesuatu hajat kita ditunaikan oleh Allah swt. Yang digunakan sebagai perantara itu dipanggil wasilah, iaitu sesuatu perkara yang dapat menyampaikan atau mendekatkan kita pada sesuatu. Sebagai contoh, ada kalangan masyarakat kita yang menggunakan Nabi, Malaikat atau wali sebagai wasilah dalam doa mereka.

*beristighasah adalah memanggil nama seseorang untuk meminta pertolongan seperti meminta doa kepada para Nabi, wali dan orang-orang soleh. Konsep beristighasah adalah sama seperti seseorang yang meminta doktor untuk membantu merawatinya kerana kepakaran dan ilmu doktor itu sendiri namun tidaklah seseorang itu percaya bahawa doktorlah yang menyembuhkannya, ianya berbalik kepada kuasa Allah semata-mata. Ianya juga boleh dianggap sebagai perantara.

Selin itu mereka mentafsir ayat Allah yang berkenaan dengan tangan, mata, hidung, Maha Suci Allah.

Secara gambaran jelas, mereka inilah yang membuat kerosakan seperti di Syria akhirnya hancur lebur kerana pemberontak berfahaman Wahabi sebelum berlaku pergolakan dan peperangan di sana, buku-buku Muhammad bin Abdul Wahab disebarkan.

Memang terbukti bahawa mereka ini yang membuat kucar-kacir di negara-negara Islam.

Oleh itu, umat Islam di Malaysia perlu lebih berhati-hati tentang informasi yang diterima dari media sosial lebih-lebih lagi.

Kerana itulah, membuat rujukan kepada orang-orang yang sepatutnya, guru-guru agama yang pasti beraliran ASWJ adalah sangat penting untuk mengelakkan pelencongan akidah, nauzubillahiminzalik.

MISI CAPAI 100,000 LIKE SEBELUM 31 DISEMBER 2022

Anda memiliki tulisan mengenai Melayu yang ingin dikongsikan? Hantar di sini.

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok Demi Malaiu. Sertai Telegram kami DI SINI untuk kandungan yang menarik dan membangkitkan jati diri bangsa!

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker