Harun Idris merupakan salah seorang menteri besar Selangor dan juga ahli UMNO yang telah memperjuangkan hak-hak orang melayu.
Salah satu sejarah beliau adalah dipenjarakan sewaktu komunis menyerang Malaya yang berkemungkinan kerana polemik politik ketika itu, beliau juga pernah dituduh sebagai pencetus tragedi 13 Mei 1969 dan beliau juga pernah dituduh atas kes penyelewengan wang sebanyak RM 250,000.
Namun demikian, kesemua sejarah hitam tersebut telah dibersihkan setelah kajian-kajian dan fakta-fakta baru yang telah ditemukan, lebih-lebih lagi, cucunya, Ashaari Imran bin Azman Shah telah berusaha untuk membersihkan nama datuknya itu daripada tuduhan-tuduhan tersebut.
Namun demikian, jasa Dato Harun Idris tidak dapat disangkal lagi, lebih-lebih lagi perkara-perkara yang melibatkan orang Melayu.
Tidak hairanlah kalau ada sesetengah orang menggelarnya sebagai Singa Melayu. Wow, takut!
Gelaran yang diberikan bukan sembarangan sebab.
Antara usaha terbesar Allahyarham Dato’ Harun adalah memberikan dan menyegerakan geran tanah kepada penduduk Melayu di bandar terutama kepada peneroka asal di kampung-kampung tersebut, seperti Kampung Baru, Kerinci dan sebagainya.
Dengan adanya geran terebut, pemilik tanah terebut bolehlah membuat pinjaman untuk mengubah suai rumah mereka atau membuat rumah kedai atau rumah sewa untuk membantu menambah pendapatan.
Dato’ Harun juga membangunkan fasiliti-fasiliti seperti bekalan air dan elektrik untuk penduduk rumah setinggan di situ.
Peneroka bandar inilah pendiri-pendiri rumah kilat di kawan Kerinci, dengan sepantas kilat penduduk ini akan menolong mana-mana penghijrah baru orang Melayu dari kampung-kampung di negeri lain yang datang ke Kuala Lumpur.
Mereka akan mendirikan rumah kilat terebut dalam masa dalam satu malam dan akan mewarnakan rumah yang baru dibina dengan warna hitam atau kelabu untuk mengaburi mata pihak DBKL semasa itu untuk membuatkan rumah itu kelihatan semacam telah lama dibina
Ini adalah kerana jika pihak DBKL ternampak rumah kilat yang baru dibina itu, mereka akan segera untuk meruntuhkannya.
Hasilnya, terdapat perkampungan rumah-rumah kita di serata Kuala Lumpur kini seperti di Selayang, Batu Caves, Kampung Abdullah Hukum, Kampung Kerinchi dan di Jalan Klang Lama.
Selain daripada masalah setinggan, Dato’ Harun Idis juga merupakan salah satu personaliti yang membawa perubahan kepada senario sukan tanah air.
Selain menjadi pengurus yang disanjung tinggi oleh pasukan bola sepak yang diterajui oleh beliau, Dato’ Harun juga berjaya membina pasukan bola sepak Selangor dan juga kebangsaan yang terdiri daripada berbilang kaum.
Ciri-ciri yang sebegini yang rakyat pelukan untuk memimpin mereka.
Sedih, rakyat sekarang sangat ketandusan ciri-ciri pemimpin seperti ini dan mereka terumbang-ambing untuk memilih siapakah pemimpin yang layak menyandang jawatan yang berat itu.
Semoga suatu hari nanti, akan muncul pemimpin-pemimpin yang berkualiti dan kepada generasi baru kami berharap.
MISI CAPAI 100,000 LIKE SEBELUM 31 DISEMBER 2022
[wpdevart_like_box profile_id=”100109992115173″ stream=”hide” connections=”show” width=”320″ height=”130″ header=”medium” cover_photo=”show” locale=”en_US”]Anda memiliki tulisan mengenai Melayu yang ingin dikongsikan? Hantar di sini.
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok Demi Malaiu. Sertai Telegram kami DI SINI untuk kandungan yang menarik dan membangkitkan jati diri bangsa!