Sejarah

Hari Polis Disambut Meriah

Pada hari ini dalam tahun 1807, pasukan Polis yang pertama ditubuhkan di Pulau Pinang.

Pasukan ini diletakkan di bawah perintah seorang Ketua Polis dan Timbalannya.

James Carnegy dilantik sebagai Ketua Pasukan Polis yang pertama.

Penubuhan Pasukan Polis Pulau Pinang itu telah merintis jalan ke arah penubuhan Pasukan Polis di negeri-negeri lain.

Negeri Melaka mula mengikut langkah Pulau Pinang apabila pasukan Polisnya ditubuhkan pada tahun 1827.

Kedua-dua pasukan itu kemudiannya disatukan menjadi Pasukan Polis Negeri-negeri Selat.

Apabila berlakunya pertukaran pentadbiran tanah jajahan Inggeris dari Pejabat Tanah Jajahan India ke London dalam tahun 1872, pentadbiran Pasukan Polis ini telah turut terlibat sama.

Pasukan polis diletakkan di bawah perintah seorang “Inspector General” yang berpusat di Singapura.

Pada tahun 1963, pasukan Polis Diraja Malaysia telah dibentuk hasil gabungan dari Pasukan Polis di Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura dengan diperintah oleh seorang Ketua Polis Negara.

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker