Pada 30 Julai lalu bersamaan 1 Muharram 1444H, lebih 5,000 pengunjung hadir ke Hari Peradaban Bangsa Melayu yang diadakan di KLFA, Taman Melati.
Hal ini sekali gus membuktikan bahawa biar pun ada segelintir pihak nakal perlekehkan cara serta usaha orang Melayu, muafakat bangsa ini usah dicabar.
Program Hari Peradaban Bangsa Melayu bermula dari pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang dan sepanjang program, banyak atur cara menarik disediakan untuk para pengunjung.
Antaranya pameran, permainan tradisional, gimik perasmian dan persembahan seperti silat dan sebagainya.
Apa pendapat anda tentang program sebegini? Menarik bukan!