Isu Semasa

Hanya Tiga Daripada Lapan Parti Politik Menyebut Tentang Raja Dalam Perlembagaan Parti!

Setiap parti politik mempunyai perlembagaan yang tersendiri dan ia menjadi tunjang bagaimana politik itu berfungsi kepada masyrakat.

Wujud pelbagai perbezaan perlembagaan parti politik namun menerusi artikel ini, elemen berkait dengan kedudukan raja-raja diangkat sebagai perbincangan utama.

Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi Mara, Prof. Madya Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz menyemak lapan perlembagaan parti politik.

Daripada lapan parti politik, tiga parti politik memperuntukkan perlembagaan berkait dengan kedudukan raja manakala lima parti lain tidak menekankan perkara yang sama.

Antara tiga parti politik yang menulis berkenaan kedudukan raja-raja adalah adalah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Parti Peribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

BACA LAGI: 4 Sebab Mengapa Buku Rebirth Diharamkan & Ini Yang Berlaku Kepada Editornya!

Manakala lima parti politik lain yang tidak menyebut isu kedudkan raja dalam perlembagaan parti adalah Barisan Nasional (BN), Parti Islam Semalaysia (PAS), Parti Amanah Negara, Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA).

Shamrahayu berkata demikian dalam ucap tama Webinar Kepimpinan Melayu Dan Institusi Raja-Raja anjuran Gabungan Demi Malaiu.

UMNO dalam perlembagaannya menyatakan dengan jelas kedudukan raja iaitu mendukung dan mempertahankan perlembagaan negara, perlembagaan negeri-negeri dan raja berperlembagaan.

BERSATU memilih untuk menjunjung kemuliaan dan kedaulatan institusi raja berperlembagaan manakala PKR hanya menghormati sistem raja berperlembagaan.

Perkara ini jelas menunjukkan biarpun parti-parti politik ada menyebut tentang kedudukan raja namun ia membawa maksud yang berbeza.

Sehubungan itu, sekiranya rakyat ingin memilih parti politik yang mendukung hal ehwal yang berkait dengan raja, bacalah perlembagaan parti politik sebelum mengisi borang pendaftaran ahli.

KONGSIKAN PENDAPAT ANDA DALAM PERBINCANGAN RAKYAT DEMI MELAYU 14 JANUARI INI

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker