➡️ KLIK UNTUK SERTAI KOMUNITI DEMI MALAIU DI SINI
Gara-gara mahu melaksanakan misi Malayan Union, pegawai penjajah yang dilaknat, Slave Harold MacMichael menjadi orang tengah untuk berjumpa dengan raja-raja Melayu.
Hal ini demikian kerana tanpa tanda tangan raja-raja Melayu, Malayan Union tidak boleh dilaksanakan dan bangsa Melayu pasti terus bebas di atas cara orang Melayu sendiri.
Namun disebabkan raja-raja Melayu pada ketika itu tidak menerima nasihat yang baik serta diancam penjajah yang dilaknat, Tanah Melayu jatuh mengikut acuan British yang miskin.
Mengapa British dikatakan miskin? Kerana terpaksa menjarah Kawasan orang lain atas alasan mahu meluaskan empayar padahal sedang merembat hasil bumi Tanah Melayu.
Datang pula buruh yang tak cukup makan dan tiada kehidupan selesa dari Tanah Besar China dan India, akhirnya beranak-pinak dan tidak mahu pulang.
Orientalis barat pula menanam pemikiran kepada bangsa Melayu yang ada untuk jadi baik hati dan beri peluang orang yang menumpang untuk kutip sewa rumah.
Keadaan ini berterusan sampailah ke hari ini, sampai generasi Melayu hari ini benar-benar percaya mereka adalah miskin dan generasi buruh pendatang memang kaya-raya.
Berbalik kepada titik permulaan proses merealisasikan Malayan Union, ada beberapa raja Melayu sememangnya berkeras menolak idea yang mengarut dan merosakkan ini.

Antara raja Melayu yang menentang adalah Raja Kedah namun tindakan yang bermaruah serta suci itu ditewaskan dengan ugutan daripada Slave Harold MacMichael.
Raja Kelantan juga menolak namun Slave Harold MacMichael menggunakan kuasanya yang diberikan London untuk tidak mengiktiraf kedudukan baginda jika enggan tanda tangan.
Bayangkan sahaja betapa pentingnya Malayan Union ini untuk dipraktikkan di Tanah Melayu agar orang Melayu hilang jati diri, adat resam dan budaya.
Namun orang di Tanah Melayu ini kuat. Kalau tidak, nasib kita mungkin serupa orang Filipina dan hilang identiti sedangkan mereka juga asalnya adalah ‘keluarga Melayu Islam’ kita.
Dalam ramai-ramai raja Melayu pada ketika itu, hanya Raja Johor dan Raja Selangor bersetuju untuk tanda tangan Malayan Union tanpa bantahan atas dasar setiakawan.
Raja Pahang pula, Slave Harold Mac Michael mengambil masa dua hari untuk menyakinkan baginda manakala raja-raja di Negeri Sembilan, Perak dan Perlis hanya menurunkan tanda tangan setelah diberi tekanan yang melampau oleh Slave Harold MacMichael.
Raja Terengganu pada asalnya juga enggan namun setelah dinasihat (jelas nasihat yang salah dan merugikan) kononnya tidak bercanggah dengan undang-undang negeri, tanda tangan telah diturunkan.
Kesannya, hanya rakyat berbangsa Melayu sahaja memberontak dan tidak bersetuju dengan perkara itu dan golongan buruh pendatang tidak masuk campur sebaliknya menunggu peluang untuk menjadi sebahagian daripada rakyat Tanah Melayu dengan cara British!