“Kalau datang nak ambil harta, ambillah. Asalkan jangan minta kami korbankan iman dan akidah kami sebagai umat Muhammad SAW di bawah nama Islam.”
Inilah antara dialog yang diutarakan orang Melayu suatu ketika dahulu dan berpegang kuat sehingga ke hari ini kerana percaya Islam adalah agama yang benar.
Berbeza dengan saudara-mara yang sama genetik dan DNA orang Melayu dalam alam Melayu di kawasan-kawasan lain, ada yang terkorban iman dan akidahnya.
Umum mengetahui alam Melayu ini terdiri daripada beberapa kawasan besar seperti Tanah Melayu, Kepulauan Borneo, Sumatera dan beberapa kawasan lain lagi.
Namun segala-galanya berubah selepas Sepanyol, Portugis, British, Amerika Syarikat, Belanda dan beberapa negara lain cuba meluaskan jajahan mereka.
Setelah peredaran masa dan pelbagai faktor melanda dunia, sekiranya merujuk kepada Asia, tidak hairan mengapa masih ada beberapa kawasan terkenal dengan Islam.
Misalnya Tanah Melayu (Malaysia), Indonesia, Brunei, selatan Thailand, selatan Filipina dan lain-lain kawasan yang tinggal minoriti tetap Islamnya masih utuh.
Hal ini demikian kerana kita datang dari benua yang sama, memegang kukuh Islam adalah agama terakhir yang disempurnakan Nabi Muhammad SAW.
Bukan bermakna agama terdahulu tidak elok dan membazir diwahyukan Allah SWT, tetapi cuba fahami pada perkataan Islam datang untuk menyempurnakan iman dan akidah.
Cuba terpaksa diakui, kehadiran penjajah sedikit sebanyak memberi latih tubi untuk umat manusia belajar berevolusi mengingkari perintah Allah SWT.
Sehingga hari ini, bukan sahaja mengingkari perintah malah ada yang sudah menolak kewujudan Allah SWT dengan pemikiran sekular, liberal dan fahaman yang menyesatkan.
Sudah ada yang sempurna, mengapa masih mahu berpegang pada ‘yang belum sempurna’ dan memilihi sesuatu yang tidak ‘update’ untuk perjalanan dunia serta akhirat?
Fikir-fikirkan dan bersyukurlah.. agama terdahulu diturunkan untuk sesuatu kaum namun Islam diturunkan untuk seluruh umat akhir zaman dengan ganjaran yang sangat besar.