Isu Semasa

Hanis Onn Wajar Digantung Kerana Dia Melayu & Bukan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II

Pemain hoki wanita negara, Hanis Nadiah Onn digantung daripada menyertai mana-mana aksi antarabangsa, termasuk temasya Sukan SEA Kemboja 2023, Mei ini.

Ia selepas Hanis didapati bersalah kerana memuat naik ciapan di Twitter yang berbaur perkauman berhubung konsert artis dan komposer dari India, AR Rahman pada 28 Januari lalu.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam satu kenyataan hari ini berkata, keputusan itu dibuat hasil mesyuarat antara Jawatankuasa Siasatan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), 7 Februari lalu.

Hasil daripada siasatan dan penjelasan yang membabitkan Hanis dan jurulatih pasukan kebangsaan, Mohd Nasihin Nubli Ibrahim, jawatankuasa siasatan MSN dan KHM merumuskan pemain berkenaan didapati bersalah atas ciapan dilakukannya itu.

“Hasil daripada sesi temubual dan selepas memperhalusi beberapa dapatan lain berhubung isu berkenaan, Jawatankuasa Siasatan merumuskan bahawa Hanis memuatnaik ciapan komen yang berbaur perkauman kerana komen itu ditujukan kepada konsert dihadiri majoriti kaum India.

“Sehubungan itu, jawatankuasa mendapati Hanis bersalah sebagai individu kerana membuat kenyataan atau komen secara terbuka di akaun media sosial miliknya yang menjurus kepada menghina, mengutuk atau mencaci sesuatu pihak lain,” menurut kenyataan itu.

Namun berbeza pula dengan layanan kepada Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P Ramasamy yang jelas menghina kedudukan orang Melayu sebagai tuan tanah kepada negara berdaulat ini.

Dengan selamba dia mengarahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mereformasikan perkhidmatan awam yang kononnya didominasi oleh orang Melayu.

Bagi pejuang kaum minoriti berketurunan India yang dibawa masuk oleh British sebagai buruh ladang suatu masa dahulu, dasar itu dilaksanakan pada era kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Maka bagi Ramasamy, hujah lama yang memihak kepada penguasaan orang Melayu dalam perkhidmatan awam untuk mengimbangi penguasaan ekonomi bangsa Cina, tidak lagi terpakai.

Ini kerana, dakwanya, hujah berkenaan digunakan Tun Mahathir untuk menginstitusikan hegemoni Melayu dalam sektor awam, khususnya perkhidmatan awam.

Beliau turut mendakwa terdapat juga diskriminasi kaum secara rahsia apabila ia berkaitan dengan prospek kenaikan pangkat untuk bukan Melayu dalam sektor awam.

Ramasamy mendakwa terdapat dasar “mengimbangi” penguasaan ekonomi bangsa Cina dengan membawa masuk pelabur asing, serta melalui pertumbuhan syarikat berkaitan kerajaan.

“Memandangkan kepelbagaian ekonomi dari segi pemilikan dan kawalan, adalah tidak masuk akal untuk memastikan perkhidmatan awam kekal sepenuhnya di tangan orang Melayu.

“Dasar perkauman sebegini tidak boleh dipertahankan lagi, bukan ketika Kerajaan Perpaduan berkuasa,” katanya dalam Facebook beliau baru-baru ini.

Bagi Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, beliau menggesa supaya DAP mengambil tindakan terhadap Ramasamy susulan kenyataan tidak ‘sensitif’ terhadap orang Melayu.

Jelas bekas Ahli Parlimen Simpang Renggam itu, parti berkenaan perlu membuat sesuatu bagi mendisiplinkan pemimpin tersebut.

“(Ramasamy) Liabiliti terbesar kepada Kerajaan Perpaduan. DAP patut buat sesuatu untuk mendisiplinkan beliau sebelum ia terlambat,” ciapnya di Twitter pada Sabtu.

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker