Gua Hira ialah sebuah gua yang terletak kira-kira 3.2 km dari Makkah, di atas sebuah gunung bernama Jabal al-Nour di wilayah Hijaz di Arab Saudi.
Namun begitu, jika hendak mendaki menuju ke Gua Hira melalui jalan lereng-lereng Bukit Nur yang kering dan berbatu, setiap orang haruslah memiliki kekuatan fizikal dan mental yang kuat.
Gua ini terkenal sebagai tempat di mana Muhammad menerima wahyu yang pertama daripada Allah melalui Malaikat Jibril.
Gua Hira adalah tempat Muhammad selalu menyendiri dan bermunajat selain bertahannuth dan bertaqarrub kepada Allah selama tiga tahun.
Baginda juga selalu ke situ bagi menghindari masyarakat Arab Jahiliyah yang pada saat itu masih belum beriman kepada Allah dan sering melakukan maksiat dan dosa-dosa besar.
Dalam surah Saba’ ayat 28 Allah SWT berfirman:
“Tiadalah Kami utus engkau (Muhammad) melainkan untuk seluruh umat manusia, membawa khabar gembira dan memberi peringatan, namun kebanyakan manusia tidak mengerti.”
Mahu mendapatkan kisah-kisah eksklusif terus ke Telegram anda? Sertai kami di Telegram Demi Malaiu!