Sejarah

Gua Batu Caves Jadi Tempat Simpan Senjata Jepun Masa Perang

Ogos 1945 menjadi saksi kemaraan tentera Jepun yang ingin menguasai dunia terpaksa dilupakan buat selama-lamanya apabila Amerika Syarikat menjatuhkan bom atom ke atas Hiroshima dan Nagasaki.

Sejurus peristiwa itu, Maharaja Hirohito menyampaikan titah radio di hadapan rakyat baginda pada 15 Ogos 1945 dan kesemua tentera yang terlibat dalam misi Pendudukan Jepun akur mengundurkan diri.

Hal ini demikian kerana dalam titah radio yang disebut Gyokuon-hoso (Siaran Suara Maharaja) itu, Hirohito membacakan Perintah Empayar sekali gus mengumumkan Jepun telah kalah perang.

Dalam misi Pendudukan Jepun, Tanah Melayu tidak terkecuali menerima tempiasnya.

Mana-mana orang Melayu yang tidak beri sokongan, habis dipancung kepala apatah lagi orang Cina sentiasa menjadi buruan.

Salah satu lokasi tentera Jepun menyimpan senjata mereka adalah di gua Batu Caves, Selangor dan dikhabarkan berkotak-kotak senjata yang disimpan di situ dilupuskan dan dibuang ke perairan Selat Melaka.

Keratan akhbar mengani senjata Jepun yang dijumpai di Batu Caves

Namun sejauh mana tentera British benar-benar melupuskan dan membuangnya tidak dapat dipastikan kesahihannya kerana sejarah sedia ada banyak ditulis oleh orang yang menang.

Menariknya, ada juga dakwaan tentera British sebenarnya turut menemui emas di gua Batu Caves itu namun langsung tidak pernah isytiharkan kepada mana-mana pihak hasil penemuan itu.

Baca juga Kenapa Orang Melayu Tak Jajah United Kingdom & Jepun? Perhalusi Perspesktif Ini!

 

Lagi mengenai senjata Jepun, boleh klik link

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker