AgamaBudaya

Gerakan Wahabi Anti-Khalifah, Pemusnah Khalifah Islam Yang Terakhir? BHGN 2

Itulah yang terjadi kepada Abdul Aziz Ibn Saud, di mana beliau telah menjadi ejen kepada British untuk mendapatkan pertolongan dari segi senjata, kewangan dan dana daripada British untuk menghancurkan sistem khalifah ini.

Pada tahun Pada 26 Disember 1915, sewaktu kekecohan Perang Dunia I, Ibn Saud bersetuju memeterai perjanjian dengan Britain. Di bawah perjanjian ini, kerajaan British mengiktiraf kekuasaan Ibn Saud ke atas Najd, Hasa, Qatif, Jubail, dan kawasan-kawasan yang digabungkan dalam empat wilayah utama ini.

Jika wilayah ini diserang, British akan datang membantu Ibn Saud. Perjanjian ini juga membawa manfaat material kepadanya. Beliau menerima 1,000 senapang dan £20,000 sebaik sahaja perjanjian itu ditandatangani. Di samping itu, Ibn Saud juga menerima subsidi bulanan sebanyak £5,000 dan bantuan dalam senjata yang akan dihantar secara tetap sehingga 1924.

Akhirnya pada tahun 1932, Abdul Aziz telah mengisytiharkan kemerdekaan bagi negara Arab Saudi yang terbentuk melalui federalisasi wilayah-wilayah di Hijaz, Riyadh, Najd, Ha-a dan Asir.

Keluarga Saud dan gerakan Wahabi telah memeterai rundingan di mana sistem politik di Arab Saudi akan diterajui oleh keluarga Saud manakala hal-hal agama Islam oula akan didokong oleh keluarga Ibn Wahab.

Dengan terbentuknya kerajaan baru Arab Saudi daripada keturunan Saud, makan gerakan Wahabi dapat diperluaskan dengan lebih jauh lagi.

Maka, Arab Saudi yang dikenali sebagai pusat agama Islam kini telah diterajui oleh puak fahaman Wahabi yang disokong oleh keluarga Saud.

Kesimpulannya, pada 1914 hingga 1918, telah menyaksikan keruntuhan kerajaan Turki Uthmaniyah dan rentetan daripada itu telah tercatat sejarah dalam dunia Islam dan dunia di mana sistem khalifah Islam telah lenyap dan dimusnahkan oleh tangan orang Islam itu sendiri.

Selepas daripada kejatuhan khalifah Turki Uthmaniyah, presiden Turki yang pertama telah disandarkan kepada Kamal Ataturk, yang disokong oleh pihak British.

Ideologi Kamal Ataturk jelas bercanggah dengan sistem khalifah daripada sistem Turki yang terdahulu kerana beliau mengamalkan konsep lebih terbuka atau sekularisme.

Mustafa Kamal Atartuk

Sistem kerajaan di Turki pada asalnya merupakan sistem khalifah yang diwarisi daripada sistem khalifah pada zaman selepas Nabi iaitu zaman Khulafa’ Al-Rashidun, seterusnya sistem khalifah Abbasiyah dan Ummayad.

Namun sistem ini telah dihapuskan dan dilenyapkan kerana ketamakan politik dan visi ‘gerakan agama’ yang mahu memurnikan agama Islam yang akhirnya telah merubah keseluruhan landskap tamadun dunia Islam.

Baca BHGN 1

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker