AgamaSejarah

Gerakan Wahabi Anti-Khalifah, Pemusnah Khalifah Islam Yang Terakhir? BHGN 1

Benarkah sistem khalifah Islam yang terakhir iaitu Turki Uthmaniyah telah dimusnahkan oleh gerakan Wahabi?

Sejarah pengasasan gerakan Wahabi yang bermula di Nadj, sebuah wilayah di Hijaz (nama Arab Saudi sebelum ianya diberi nama sebagai Arab Saudi) mempunyai kaitan yang rapat dengan keruntuhan kerajaan khalifah Turki Uthmaniyah walaupun ianya bukanlah semata-mata faktor kejatuhan empayar Islam yang gah ini.

Walaupun terdapat faktor-faktor dalaman dan luaran yang menjadi penyebab kerajaan ini jatuh, namun peranan gerakan Wahabi ini tidak dapat disangkal dan dipandang enteng sebagai salah satu faktor majornya.

Penubuhan negara Arab Saudi mempunyai kaitan yang begitu rapat dengan kejatuhan khalifah Turki Uthmaniyah.

Semasa kurun ke-16 Masihi, Kota Mekah berada di bawah kekuasaan kerajaan Turki Uthmaniyah.

Kemudian, pada kurun ke-18 Masihi, gerakan baru yang bermula di Najd, telah memulakan langkah mereka untuk mengambil kota Mekah daripada pihak kerajaan Turki Uthmaniyah.

Akhirnya, gerakan Wahabi yang diberi nama sempena dengan pengasasnya, Muhammad Bin Abdul Wahab telah berjaya menakluk Kota Mekah pada tahun 1806 dengan kerjasama daripada Muhammad bin Saud, amir di Dir’iyah.

Namun demikian, kerajaan Turki Uthmaniyah telah berjaya mengusir gerakan Wahabi ini daripada Kota Mekah dan mereka terpaksa berundur ke tempat masing-masing.

Ini merupakan kebangkitan pertama yang dilakukan oleh gerakan ini untuk menerajui Kota Mekah.

Gerakan Wahabi dan keluarga Saud tidak terhenti disini sahaja. Mereka telah meluaskan pengaruh di Dar’iyah dan kawan sekitarnya dan mula merancang untuk mengambil Mekah semula.

Jadi, kebangkitan yang kali ke-dua terjadi apabila gerakan Wahabi berjaya menguasai Riyadh di Najd dan menjadikannya sebagai ibu kota pada tahun 1824, maka tertubuhnya kerajaan Wahabi kali ke-dua. Faysal Al-Saud telah memimpin dan menggantikan ayahnya, Turki bin Abdullah bin Saud bin Abdul Aziz Ibn Saud sebagai penguasa disana.

Akhirnya, pada tahun 1833, penguasaan Wahabi telah diakui secara universal di Teluk Parsi.

Setelah kematian Faysal Al-Saud, anaknya, Ibn Rashid telah meneruskan kekuasaan ayahnya itu.

Namun demikian, waris kepada Ibn Rashid telah melibatkan dirinya dengan Abdul s76dfcv;.l////Aziz II Ibn Saud, untuk merebut kembali Riyadh, Nadj dan Kuwait yang berada di bawah Turki Uthmaniyah, pada tahun 1902.

Ibn Saud (Abdul Aziz II) telah menuntut semula sebahagian besar bekas tanah Saudi menjelang 1904 melalui serbuan dan beberapa peperangan di wilayah itu.

Dalam masa yang sama, terdapat sebuah pemberontakan yang berlaku daripada beberapa orang raja Arab terhadap kerajaan Turki Uthmaniyah.

4 orang raja  iaitu Raja Faisal dari Iraq, Raja Hussain dari Bani Hashim, Raja Abdul Aziz Ibn Saud dari Dar’iyah dan Raja Bani Ali Rashid telah terlibat dalam pemberontakan ini dengan tujuan untuk memerdekakan wilayah mereka daripada duduk di bawah naungan Kerajaan Turki Uthmaniyah.

Dengan adanya pemberontakan ini, British melihat ianya satu peluang bagi mereka untuk menjalankan ‘silaturrahim’ bersama-sama dengan ketua-ketua Arab ini bagi menjatuhkan Khalifah Uthamniyah.

British dan bersama-sama dengan negara Eropah memang berhasrat untuk menjatuhkan empayar Islam dan mahu menghancurkan sistem khalifah Islam ini. Lalu mereka bersepakat untuk membahagikan tanah-tanah umat Islam sesama mereka supaya negara-negara Islam ini terus berpecah belah.

Sebagai contoh, semasa perang dunia 1, British telah menguasai Mesir dan Sudan, Perancis menguasai Morocco/ Maghribi, Tunisia dan Algeria dan Itali menduduki Libya manakala Rusia pula mengambil alih Turkistan.

Oleh sebab itu juga, apabila adanya peluang bagi mereka untuk mencucuk jarum, mereka akan segera mengambil peluang itu lebih-lebih lagi apabila mereka melihat orang Islam sesama sendiri bertelagah antara satu sama lain.

Sambungan BHGN 2

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker