Atas kesepakatan beberapa badan bukan Kerajaan (NGO) yang berpaksikan Melayu dan Islam, satu Gerakan Daulat secara rasminya diperkenalkan pada 6 September 2022.
Tujuan mewujudkan Gerakan Daulat adalah sebagai salah satu respons rakyat terhadap sistem perundangan dan kehakiman yang ada segelintirnya membelakangkan Islam.
Permasalahan terjadi apabila segelintir golongan bijak pandai meletakkan asas Mahkamah Syariah VS Mahkamah Sivil sebagai dua medium yang berbeza.
Sedangkan secara harfiahnya, Perlembagaan Persekutuan jelas mentakrifkan Perkara 3 (1) dan secara automatik pelaksanaan Islam dalam negara adalah pada kedudukan tertinggi.
Sehubungan itu, gabungan NGO menerusi Gerakan Daulat mahu kesilapan sama yang membelakangkan kaca mata Islam tidak lagi dilakukan secara berterusan oleh pemain undang-undang.
Berita lanjut akan menyusul.