Budaya

Genderang Seribu Pendekar, Pamer Kebangkitkan Melayu Di Kota Kuala Kedah!

Kota Kuala Kedah menyaksikan pelbagai sejarah yang melibatkan perjuangan orang-orang Melayu silam dalam mempertahankan tanah airnya daripada serangan musuh luar.

Selain pernah diserang Acheh, Bugis dan Siam, Kota Kuala Kedah juga mengalami detik kelabu apabila ditadbir Bristih, diduduki Jepun dan kemudiannya beralih semula kepada British.

Dalam erti kata lain, Kota Kuala Kedah yang dibangunkan semasa zaman pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa pada 1771 dan siap pada 1780 adalah satu peninggalan yang pahit buat orang-orang Melayu.

Namun demikian, kepahitan itu bukanlah sesuatu yang kekal lama kerana ‘yang patah akan tumbuh berganti’ dan 2022 menjadi saksi, guru-guru agama dan pendekar Melayu kembali bersatu.

Lebih menarik, penyatuan dan pembinaan semula jati diri bangsa ini turut disokong Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Jabatan Muzium Negara serta pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Tarikh 20 hingga 22 Oktober 2022 menyaksikan Festival Kota Kuala Kedah berjaya menghimpunkan orang-orang yang dalam jiwanya ada rasa kehambaan dan gerun kepada Allah SWT, ada rasa cinta kepada baginda Rasulullah SAW, ada rasa kasih-sayang dan ikatan silaturahim yang sukar diputuskan oleh ‘serangan akaun palsu’.

Dalam erti kata lain, pada saat pemilik akaun palsu merendah-rendahkan usaha MOTAC, Jabatan Muzium Negara dan NGO, kumpulan pejuang seni warisan, budaya dan jati diri ini terus melangkah dengan bangga.

Pada saat dalam jiwa majoriti orang-orang Melayu pernah didoktrin untuk rasa janggal berbusana Melayu, entah siapa yang mulakan namun dengan berkat niat mahu menyatukan, bilangannya kini semakin ramai.

Pengusaha busana semakin ramai, jualan destar misalnya sudah memasuki pasaran terbuka dan mudah dicari serta orang-orang Melayu yang dahulunya segan kini bangga dapat bersama-sama.

Perasmian Festival Kota Kuala Kedah ini memperlihatkan genderang seribu pendekar. Dalam erti kata lain, 1,000 pendekar berarak memeriahkan perasmian ini sebagai simbolik penyatuan orang-orang Melayu.

Ada yang berbusana lengkap mengikut pakaian orang-orang Melayu, ada yang berjubah mengikut transisi penyebaran Islam di Tanah Melayu, ada yang lengkap berbusur serta berpanah dan handal kendalikan kuda.

Kesemua ini adalah seni, warisan, jati diri dan budaya yang harus diperjuangkan orang-orang Melayu pada hari ini, harus menjadi jihad dalam hati, agar Melayu yang berpaksikan syarak terus wujud dalam masyarakat.

Pada sebelah malam, Festival Kota Kuala Kedah tidak menghidangkan konsert-konsert yang melalaikan seperti yang banyak dipopularkan di tempat-tempat lain.

Yang ada, himpunan orang-orang Melayu beragama Islam dan juga orang-orang Islam yang bukan daripada bangsa Melayu, duduk bersatu memuji Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW.

Mawlid Agung Alam Melayu pula perdengarkan puji-pujian serta syair-syair yang pernah dikarang tokoh bangsa, ulama dan umara serta pendekar silam yang tidak pernah lupakan Sang Maha Pencipta dan Kekasihnya.

MISI CAPAI 100,000 LIKE SEBELUM 31 DISEMBER 2022

[wpdevart_like_box profile_id=”100109992115173″ stream=”hide” connections=”show” width=”320″ height=”130″ header=”medium” cover_photo=”show” locale=”en_US”]

Anda memiliki tulisan mengenai Melayu yang ingin dikongsikan? Hantar di sini.

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok Demi Malaiu. Sertai Telegram kami DI SINI untuk kandungan yang menarik dan membangkitkan jati diri bangsa!

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker