Bertempat di Jalan Sebalik, Sungai Buloh, gelanggang silat tradisi Harimau Nan Salapan sedang dalam proses pembikinan. Gelanggang ini bakal dikelola oleh Pendekar Mat Ali dari Seni Silat Tari Melayu.
Menerusi tinjauan yang dibuat baru-baru ini di lokasi Jalan Sebalik, Pendekar Mat Ali bersama beberapa orang ahlinya sudah mula bergerak dengan membersihkan kawasan gelanggang tersebut.
Binaan-binaan asas sudah mula dijalankan dan binaan gelanggang adalah menggunakan bahan-bahan seperti papan, kayu dan atap-atap nipah.
Binaan gelanggang ini masih akan mengekalkan tradisi binaan yang menggunakan atap nipah sebagai simbol kemelayuan bagi menghadirkan suasana sebuah gelanggang itu.
Setelah diteliti dan diukur kelebaran serta kebesaran gelanggang ini, ianya boleh memuatkan sehingga 80 orang dalam satu waktu.
Ini adalah salah satu usaha untuk terus menghidupkan seni silat di Malaysia secara umumnya dan khusus dalam kalangan masyarakat Melayu pada hari ini yang semakin jauh dengan tradisi Melayu itu sendiri.
Pendekar Mat Ali berharap gelanggang ini bakal mendapat sambutan daripada seluruh keluarga Melayu bagi sama-sama kembali menyuntik semangat jati diri Melayu dalam jasad dan jiwa ahli-ahli keluarga yang menyertai kelak.
Gelanggang Tradisi ini bakal dibuka kepada umum tidak kira peringkat umur yang penting perlu hadir dengan berbekalkan niat serta semangat yang tinggi untuk mahir seni silat.
Pembinaan gelanggang ini masih lagi diperingkat permulaan tetapi untuk siap secara menyeluruh ianya memerlukan serba sedikit sumbangan dari orang ramai supaya proses pembinaan dapat dipercepatkan dan gelanggang dapat dibuka sepenuhnya sekitar Januari 2022.
Pengasasnya iaitu Pendekar Mat Ali sekali menegaskan bahawa setiap sumbangan hatta sebatang kayu dan sekeping papan sekalipun moga ia menjadi amal jariah di akhirat kelak.
Bagi yang berminat untuk menyumbang, sumbangan dalam bentuk keperluan seperti kayu, atap nipah dan lain-lain adalah amat digalakkan kerana ini akan lebih mempercepat serta memudahkan proses pembinaan gelanggang.
Selain itu, berikut merupakan senarai keperluan yang masih diperlukan untuk pembinaan.

Untuk maklumat lanjut boleh terus berhubung bersama Encik Faris di nombor 013-6021073.
Moga usaha pembinaan gelanggang tradisi Harimau Nan Salapan ini menjadi titik tolak pada permulaan terbinanya lebih banyak lagi gelanggang silat untuk generasi akan datang yang menghidupkan MELAYU dalam diri.

Klik link berikut : https://www.facebook.com/demimalaiu/videos/2818873511739050