Budaya

Gaya ‘Hijab Muslimah’ Menutup Aurat Atau ‘Okoso Zukin’ Jepun Pada Musim Sejuk?

Imej adalah mesej visual. Salah lakaran, salahlah mesejnya. Salah mesejnya, salahlah interpretasinya. Salah interpretasinya, salahlah acuan pemikirannya.

Dalam poster promosi Bon Odori yang bakal diadakan di Malaysia, terdapat karakter seorang wanita menutup aurat dipercayai memakai tudung.

Dari segi lukisan lilitan dan gaya pemakaiannya, ia jelas menggambarkan ciri-ciri seorang wanita beragama Islam dan bukanlah Sister In Christian.

Ada juga pihak yang menyatakan ia adalah okoso zukin, sejenis gaya penampilan wanita di Jepun pada musim sejuk yang menutup bahagian kepala dengan lilitan kain.

Sehubungan itu, ada pihak yang tampil mengatakan watak wanita yang menutup aurat dalam poster promosi festival Bon Odori itu mungkin sedang memakai okoso zukin.

Namun jika diamati pada gaya lukisannya, pengilustrator jelas tidak melukis okoso zukin yang memberi mesej jelas ia merupakan pakaian tradisi orang Jepun semasa musim sejuk.

Lagi pun dengan latar belakang langit cerah bersama bintang yang kelihatan, tiada alasan mengapa wanita Jepun mengada-ngada nak pakai okoso zukin pada waktu yang bukan masanya.

Melainkan wanita itu adalah wanita Jepun Muslim yang menutup aurat, maka tiada salah dia memakai kimono, tetapi tetap bercanggah dengan akidah umat Islam jika meraikan perayaan Bon Odori.

Menjadi tanggungjawab pengilustrator kepada pihak menganjur untuk menjelaskan permasalah remeh yang sedang berlaku agar ia tidak berulang pada masa depan.

 

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker