Budaya

Gara-Gara Sejarah Tulisan Awal Melayu Hilang, Netizen India Tampil Gelak Sinis!

Sebelum datangnya Portugis, Belanda, British mahu pun Jepun, alam Melayu atau kepulauan Melayu pernah tersergam di atas benua pentas sunda pastinya memiliki tulisan awal Melayu dengan tamadun tersendiri.

Namun demi memastikan misi New World Order mampu berjalan dengan baik selagi Islam itu dipecahkan, pelbagai gerakan disusun sempurna jika berjaya memperdayakan golongan lemah iman.

Bayangkan sahaja jika Portugis, Belanda, British mahu pun Jepun tidak menjarah hasil bumi di alam Melayu atau kepulauan Melayu, berapa besarkah kekuatan umat Islam yang mampu diterjemahkan?

Namun disebabkan kelemahan fakta generasi Melayu moden hari ini yang tidak mahu mengorek balik sejarah, definisi Melayu mereka cuma terhad kepada Melayu di atas Tanah Melayu ini sahaja.

Mereka tidak nampak penyatuan Melayu kita suatu masa dahulu mencakupi Tanah Melayu, Sumatera, Borneo, Filipina dan sebagainya di bawah satu pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka.

Tulisan awal Melayu

Pentadbiran Zaman Kesultanan Melayu Melaka

Kesultanan Melayu Melaka itu pula bukannya hanya mencakupi kawasan Merlimau, Kota Melaka atau Ayer Keroh sahaja tetapi penyatuan kita adalah besar dan tersangatlah besar.

Walau bagaimanapun, segelintir generasi yang dibawa British pada awalnya untuk bekerja sebagai buruh di ladang-ladang atas tanah Melayu untuk dirompak keluar tidaklah menzahirkan rasa syukur.

Tanpa segan silunya, ada segelintir mereka menuduh orang-orang Melayu suatu masa dahulu beragama Hindu, menyembah patung di kuil-kuil sedangkan hakikatnya ia langsung tidak berlaku.

Satu fakta yang harus disumbat dalam mulut pembenci Islam di Tanah Melayu ini adalah sejak dari zaman Nabi Ibrahim, akidah umat Melayu di atas benua pentas sunda ini adalah tauhid kepada Allah SWT yang satu.

Pegangan Akidah Orang Melayu Sebelum Datangnya Islam

Disebabkan itulah wahai kaum kafirun yang tidak mahu menyembah Allah SWT yang satu, ingin ditegaskan bagi umat Melayu yang dalam dirinya mekarnya syariat Islam, setiap kali menunaikan solat, yang disebut adalah:

“Asyahadu allaa illaaha illallaah. Waasyhadu anna Muhammadar Rasulullaah. Allahumma solli ‘alaa Sayyidina Muhammad wa ‘ala ali Sayyidina Muhammad. Kamaa sollaita ‘ala Sayyidina Ibrahiim wa ‘ala ali Sayyidina Ibrahiim. Wabarik ‘ala Sayyidina Muhammad wa ‘ala ali Sayyidina Muhammad. Kamaa barakta ‘ala Sayyidina Ibrahim wa ‘ala ali Sayyidina Ibrahim fil ‘aalamiina innaka hamiidum majiid.”

(Petikan ayat yang dibaca dalam tahiyat akhir semasa solat dan maksudnya:)

“Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah. Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.”

Perlu difahamkan, Islam yang dibawa Nabi Muhammad SAW adalah menyempurnakan syariat-syariat agama yang dibawa Nabi-Nabi terdahulu dalam menyerahkan diri kepada Allah SWT yang esa.

Bukannya satu pembawakan agama baharu seperti yang didoktrin ramai puak kafirun serta Melayu liberal dan sekular dengan fitnah yang pelbagai menerusi kaca mata media barat.

Maka apa lagi perbahasan yang ingin ditimbulkan kaum kafirun atau Melayu liberal dan sekular yang galak mengatakan Melayu itu dahulunya beragama Hindu, menyembah berhala?

Jika umat Melayu adalah penyembah berhala, pasti mereka memiliki sikap seperti penyembah berhala pada era ini yang jelas menolak Islam kerana tidak sealiran dengan budaya beragama mereka.

Namun sejarah membuktikan semasa zaman dakwah Nabi Muhammad SAW menerusi para sahabat dan utusannya, orang-orang Melayu di bumi ini boleh menerima Islam dengan aman.

Bayangkan orang Melayu adalah penyembah berhala seperti yang didakwa puak kafirun serta Melayu liberal serta sekular, apakah tidak orang-orang Melayu mengikut jejak masyarakat Hindu di negara India yang jelas memerangi Islam pada tahap radikal dan super-ekstrem? MasyaAllah.

Sejarah Tulisan Awal Melayu Hilang Atau Tiada?

Pada zaman moden ini, orang-orang Melayu sudah sedar bahawa untuk mempelajari sejarah bangsa tidak cukup dengan belajar sejarah dari buku teks bermula tingkatan 1 hingga tingkatan 5.

Atau disambung dalam Tingkatan 6 atau semasa di universiti, menggambil subjek Tamadun Islam Tamadun Asia (TITAS) yang sekadar memerlukan pelajar untuk hafal dan muntahkan semula dalam peperiksaan.

Tujuannya, bagi lulus peperiksaan dan dapat markah yang bagus, seterusnya dipandang majikan kononnya kitalah pelajar paling bagus padahal faktanya, kita sekadar penghafal.

Lainlah jika anda seseorang yang belajar sejarah di sekolah atau IPT dan kemudiannya melanjutkan kajian kendiri demi mencari jawapan sejauh mana hebatnya bangsa Melayu, kumpulan ini cukup terpencil.

Hal ini demikian rata-rata selesa terjerumus dalam ‘sistem kilang’ yang diatur agar semua manusia sibuk dan perlahan-lahan tiada masa mengkaji sejarah bangsanya, perlahan-lahan tinggalkan agama.

Baca Sini> Sebelum Kedatangan Tulisan Jawi, Rencong Tulisan Terawal Orang Melayu & Kini Sudah Pupus!

Sama seperti sistem tulisan awal orang Melayu, cukup mustahil bagi sebuah tamadun bangsa yang pernah menguasai benua pentas sunda yang besar ini tiada sistem tulisan sebagai alat komunikasi.

Meskipun tidak ditolak setiap zaman pasti akan berlaku evolusinya namun yang perlu kita pegang, setiap yang wujud pasti ada permulaannya kecuali Allah SWT, Sang Maha Pencipta.

Apabila ditanya mengapa Melayu mengadaptasikan tulisan jawi sebagai tulisan rasmi untuk beratus-ratus tahun selepas datangnya Islam? Jawapannya mudah kerana Melayu itu bersatu dengan Islam.

Mengaplikasikan tulisan jawi bukan bermakna Melayu mahu menjadi Arab kerana di tanah Arab itu pun, bukannya semuanya beragama Islam, malah masih ramai yang kembali menolak Allah SWT.

British Yang Laknat Pun Gunakan Jawi Di Tanah Melayu

Satu tamparan yang harus dilaksanakan berulang-ulang kali kepada pemimpin Melayu moden juga khususnya selepas tahun 1957.

Bayangkan sebelum 1957, suka atau tidak, British terpaksa guna jawi, fahamkan jawi dan kuasai jawi untuk susun atur surat perjanjian atau berurusan dengan Raja-Raja Melayu dan sebagainya.

Namun apabila British lepaskan urusan pentadbiran kepada orang-orang Melayu, tak sangka ada juga barua Melayu yang tergamak hapuskan tulisan jawi dalam urusan pentadbiran nasional.

Kalau pada zaman British campur tangan urusan pentadbiran tanah air dan bertindak hapuskan tulisan jawi, pastinya sudah lama kena sesah dengan orang-orang Melayu.

Tetapi apabila berjaya meletakkan legasi Melayu yang berakidahkan British, bukan sahaja hapuskan tulisan jawi, elemen sekular dan liberal membiak dan kesannya jelas boleh dilihat pada zaman ini.

Permainan disusun, gerak atur menyusup, usaha menghapuskan tamadun Melayu bukan hanya terjadi ribuan atau ratusan tahun dahulu tetapi kekal sehingga ke hari ini.

Baca Sini > Khir Johari Berjaya Guna Kuasa Hapuskan Tulisan Jawi Kerana Tiada Nilai Komersil! 

Jika sejarah asal usul Melayu tiada dalam buku teks, apakah kita sebagai ibu bapa terus mahu memastikan anak-anak Melayu selesa lupa dan tiada rasa dalam jiwa untuk cari semula sejarah bangsa yang hilang?

Namun apakah benar ia hilang? Atau sengaja disembunyikan untuk memastikan mereka berjaya cipta generasi Melayu lemah yang tidak mampu untuk menolak sesuatu yang batil menuju akhir zaman?

MISI CAPAI 100,000 LIKE SEBELUM 31 DISEMBER 2022

[wpdevart_like_box profile_id=”100109992115173″ stream=”hide” connections=”show” width=”320″ height=”130″ header=”medium” cover_photo=”show” locale=”en_US”]

Anda memiliki tulisan mengenai Melayu yang ingin dikongsikan? Hantar di sini.

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok Demi Malaiu. Sertai Telegram kami DI SINI untuk kandungan yang menarik dan membangkitkan jati diri bangsa!

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker