Sejarah

Gara-Gara Bukan Anak Orang Ternama, Nasib Arwah Anggota Bomba Dilayan Macam Sampah!

Hampir semua rakyat Malaysia terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh pihak berwajib berkenaan kes Muhammad Adib Mohd Kassim.

Sekitar hujung September lalu, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin tampil dengan kenyataan mengatakan kes arwah Adib ditutup.

Katanya lagi kes tersebut hanya akan dibuka semula sekiranya terdapat bukti baharu. Kenyataan ini tidak begitu meyakinkan dan meninggalkan tanda tanya pada semua.

Adakah kes ini akan tetap diteruskan siasatan dengan pencarian bukti baharu atau sekadar menunggu laporan baru daripada mana-mana pihak?

Persoalan ini mula dibangkitkan oleh Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) yang turut kecewa dengan keputusan yang dibuat.

Terdahulu, terdapat beberapa ahli parlimen yang telah menyandang jawatan ketika ini bermati-matian akan memastikan kes arwah Adib menemui penyelesaian.

“saya bersungguh-sungguh akan memastikan kes Muhammad Adib akan ada penyelesaian” – Zuraidah, Berita Harian, 9 Disember 2020.

“… Saya mendesak agar kes ini disegerakan agar rakyat tidak terus menganggap ada ‘tangan-tangan ghaib’ yang mengawal undang-undang negara” – Dato’ Sri Ismail Sabri, Ketua Pembangkang Prlimen Malaysia. Naib Presiden UMNO Malaysia, 14 Disember 2019.

Namun, apabila sudah menguasai jawatan dalam kerajaan hari ini, semua keprihatinan yang konon dicanang terus dilupakan. Cakap tak serupa bikin!

Harus diingatkan bahawa hampir seluruh rakyat Malaysia menuntut pembelaan terhadap kes arwah Adib, paling utama keluarga arwah.

Harapannya adalah untuk kes ini selesai dengan sebuah pembelaan yang adil bukan hanya dengan pengakhiran sebuah pengumuman ‘kes ditutup’ tanpa sebarang hukuman.

Kami di Demi Malaiu tidak terkecuali ingin kes ini diteruskan sehingga terbelanya hak arwah adib dan keluarganya.

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button