Perubatan

Ganja Sebagai Ubat: Satu Anjakan Paradigma Dan Langkah Berani

Persidangan tahunan Suruhanjaya Dadah Narkotik memberi isyarat jelas bahawa ganja sebagai ubat kini hanya berada dalam Jadual I sahaja.

Jadual I membenarkan mana-mana negara boleh terlibat dengan pengeluaran, pengilangan, eksport, import, pengedaran, perdagangan, penggunaan dan pemilikan.

Namun demikian, penggunaan ganja dengan kaedah yang disebut hanya terhad kepada tujuan perubatan dan saintifik.

Terdahulu, ganja turut dimasukkan dalam Jadual IV yang bermaksud memberi ketagihan, boleh disalah guna dan jarang digunakan dalam amalan perubatan.

(https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2020/12/761621/pbb-mengeluarkan-ganja-dari-senarai-bahan-narkotik)

Sehubungan itu Sidang Demi Malaiu berpendapat Kabinet dan Kerajaan Malaysia disaran untuk:

1. Meluluskan definisi dan pemindaan ‘cannabis and cannabis resin’ kepada kandungan fitokimia iaitu kandungan dan had amaun Tetrahydrocannabinoid (THC) 0.2% dan Cannabidiol (CBD) 10%.

2. Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu menubuhkan Jawatankuasa Penggunaan dan Kajian Perubatan Ganja peringkat Nasional.

3. Kerjasama kajian Pendidikan Kesihatan dan kajian Potensi Ekonomi sebagai sumber pendapatan negara baru kepada FELDA daripada sumber perladangan baru industri ganja jenis ‘hemp’

(https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kerajaan-pernah-bincang-kelulusan-industri-hemp-akan-teliti-semula-status-azmin-323632)

Banyak negara di dunia termasuk negara jiran Thailand telah pun meluluskan Rang Undang Undang Pengunaan Perubatan Ganja.

Kebanyakan kajian keberkesanan melibatkan pengunaan sebagai ubat rawatan kesan sampingan kanser seperti kesakitan, loya dan muntah, kurang selera makan dan gangguan tidur.

Malah kenyataan Menteri Kesihatan baru baru ini, Penggunaan ganja perubatan dibenarkan di Malaysia kerana ia tidak melanggar Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Racun 1952 atau Akta Jualan Dadah 1952.

Prof. Dr. Wan Azizi Wan Sulaiman
Sidang Demi Malaiu
Ketua Kluster Sains, Teknologi & Etno-Sains Perubatan
Naib Canselor Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS

➡️ Klik Untuk Sertai Group Whatsapp Demi Malaiu

Baca Juga: Siapa Suruh Hidu Gam Atau Hisap Ganja? Ia Dicipta Untuk Tujuan Yang Logik!

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button