Sejarah

Gangster Punya Hal, Melayu Pula Terpaksa Korban Tanahnya!

Pernah anda dengar nama Klian Pauh? Itulah nama lama bagi bandar bersejarah Taiping, Perak. Jadi apakah sejarahnya yang berlaku membuatkan namanya bertukar dari Klian Pauh ke Taiping?

Dato’ Long Jaafar yang diberi kuasa oleh Sultan Perak dan anaknya Ngah Ibrahim berjaya menjadikan kawasan pendalaman iaitu Larut menjadi sebuah kawasan maju jaya. Pada waktu itu, Larut meliputi utara ke Sungai Kerian sehingga selatan ke Sungai Beruas. Klian Pauh merupakan salah satu kawasan di dalam pentadbiran Larut.

Apabila kawasan perlombongan semakin maju, ramai pelombong luar termasuk pelombong Cina masuk ke Larut. Namun tanpa disangka kehadiran mereka yang pada awalnya adalah untuk membantu aktiviti perlombongan menjadi kacau-bilau akibat perbalahan dua kumpulan atau dua geng kongsi gelap.

Ghee Hin merupakan sebuah kongsi gelap Cina yang ditubuhkan pada tahun 1820 yang bertapak di Singapura dan Tanah Melayu. Awalnya banyak dianggotai oleh orang Kantonis.

Hai San pula satu kongsi gelap Cina mempunyai sejarah di selatan China dan berpusat di Pulau Pinang. Anggotanya banyak terdiri dari orang Hakka. Antara pelanggan utama bijih timah pada waktu itu adalah pedagang Cina di Pulau Pinang menjadikan Hai San memegang kuat ‘kawasannya’ di Larut.

Timbul pelbagai konflik di antara dua kumpulan ini. Antaranya adalah perebutan jalan air bagi perlombongan, perjudian, kes khianat, hubungan sulit dan bermacam-macam hal kecil dan besar menjadi pencetus perang di antara dua kongsi gelap Cina ini. 

>> CPTPP Kembar Perjanjian Pangkor, Bentuk Penjajahan Alaf Baru

Peperangan antara 2 kongsi gelap ini yang berlarutan selama beberapa tahun sehingga melibatkan banyak nyawa yang melayang serta kerugian wang menyebabkan Raja Abdullah, seteru Ngah Ibrahim ambil kesempatan. Raja Abdullah meminta pertolongan Inggeris untuk menyelesaikan masalah ini disamping menuntut pelbagai perkara lain dan dengan itu wujudlah Perjanjian Pangkor pada tahun 1874.

Kesan dari Perjanjian Pangkor tersebut Ngah Ibrahim kehilangan kuasa pentadbiran di Larut dan tidak dapat menguruskan perniagaan perlombongan lagi. Demi simbol perdamaian, nama Klian Pauh ditukar pada Taiping yang membawa maksud ‘aman selamanya’ dalam bahasa Cina. 

Sayang sama sekali orang Melayu kita kehilangan sebuah kawasan yang maju ke tangan orang luar sehingga bertukar namanya. Dari dulu sampai sekarang, orang Melayu yang terpaksa bertolak ansur untuk menyedapkan hati orang luar!

UPDATE!! Bukti Francis Light Tipu Sultan Kedah (Puan Zaharah Sulaiman)

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker