Rakyat tidak tahu tentang bahaya Perjanjian Komprehensif dan Progresif Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) kerana ia adalah rundingan di peringkat tertinggi.
Namun yang pasti apabila negara terikat kepada CPTPP, kumpulan pasaran besar dan broker antara yang paling boleh tersenyum lebar, mengaut untung yang berganda.
Namun bagi rakyat biasa seperti pesawah, nelayan, petani dan sebagainya, permasalahan yang boleh terjadi akibat CPTPP langsung tidak sampai ke pengetahuan mereka.
Bantahan CPTPP dibuat di depan Pejabat Perdana Menteri.
Rakyat dah bersuara, adakah akan didengari? #janganjualnegara pic.twitter.com/dU6EiunN8e
— Demi Malaiu (@DemiMalaiu) January 19, 2023
Dalam erti kata lain, CPTPP tak ubah seperti Perjanjian Pangkor pada 1874 yang menyebabkan baik sultan mahu pun pembesar terpaksa akur kepada British dalam pelbagai aspek.
Sehubungan itu, terdapat gabungan NGO yang menyedari perkara ini telah menyerahkan memorandum bantahan memohon CPTPP tidak diteruskan.
Namun sehingga hari ini, tiada jawapan dan disebabkan itu, satu gerak suara rakyat diwujudkan agar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim cakna akan hal ini.
@demi_malaiu Uishh.. kenapa kerajaan tak bagitahu rakyat realiti sebenar ratifikasi CPTPP?