Teknologi

Fungsi Lilitan Kain Kuning Pada Senjata Seperti Badik Difitnah Sejak Zaman-Berzaman

Kebanyakan generasi hari ini yang terputus ilmu warisan dan tradisi alam Melayu mudah melemparkan fitnah ke atas lilitan kain kuning pada senjata.

Tidak kiralah sama ada senjata tersebut badik, keris, parang dan sebagainya, ramai yang gemar membuat persepsi tanpa kajian dan soal selidik.

Ketika bertemu aktivis warisan dan budaya Melayu, Muhammad Mustafar Abdullah di butik Empayar Rumbawe, dia berkongsi cerita mengenai warna kain dan fungsi bagi setiap satunya.

Dalam erti kata lain, kain berwarna kuning, ada maksudnya yang tersendiri dan kain berwarna hijau juga ada maksudnya yang tersendiri.

Apatah lagi kain berwarna merah atau hitam, juga ada maksud yang tersendiri dan perkara ini tiada tercatat dalam buku teks di sekolah-sekolah awam.

Warna Kain Dan Fungsinya

Ujar Muhammad Mustafar, kewujudan dan penggunaan warna-warna kain dalam masyarakat Melayu silam adalah berkait dengan status seseorang itu dalam masyarakat.

“Warna kuning pada kain biasanya melambangkan seseorang itu berdarah atau berketurunan raja dan warna hijau pula melambangkan seseorang itu adalah ulama.

“Manakala bagi warna merah atau hitam pula, ia selalu terkait dengan pendekar Melayu dan penggunaan kain-kain itu tiada kena-mengena dengan jin,” katanya.

Tonton Video Penuh

Dalam pertemuan Demi Malaiu dengan Muhammad Mustafar, banyak perkara yang dia kongsikan biar pun usia boleh dikatakan masih muda.

Namun ilmu dan pengetahuan yang diterima adalah sesuatu yang perlu dikongsi agar pengkisahan tentang jati diri bangsa Melayu tidak hilang dan terus subur dalam masyarakat.

Tonton video penuh penerangan Muhammad Mustafar tentang lain-lain cerita di sini:

Apa pendapat anda tentang kandungan ini? Kongsikan pendapat anda pada ruangan komen.

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Sertai Komuniti Demi Malaiu
Kongsi cerita anda dengan kami dan dapatkan kemaskini semua kandungan dari semua platform media sosial Demi Malaiu