Isu Semasa

Filem ‘Pulau’ Cuba Cemar Budaya Timur Wajar Di Pulaukan

“Filem Kita Wajah Kita” adalah slogan yang sangat sinonim satu ketika dahulu bagi menggambarkan nilai seni persembahan filem kita yang sepatutnya berteraskan adat resam serta budaya ketimuran yang akarnya bertunjangkan Islam.

Namun slogan itu sudah tidak relevan lagi apabila filem kita kembali dinodai oleh tangan-tangan mereka yang jahil kerana hanya memikirkan hiburan lagha semata-mata.

Banyak kritikan daripada warga maya yang rata-ratanya menyuarakan rasa jijik mereka terhadap promosi di triller filem Pulau yang memaparkan babak wanita berbikini dan adegan lucah.

Sepatutnya, kita berasa malu apabila ia ditonton oleh anak-anak di bawah umur yang sekaligus memberi pelajaran negatif untuk perkembangan minda mereka.

Inilah sikap yang tidak bertanggungjawab ditunjukkan oleh segelintir pembikin filem yang hanya mengejar glamor.

Mereka turut beralasan babak ghairah dengan pakaian seksi itu cuma sekadar adegan bercium saja tambahan ia dilakonkan oleh orang bukan Islam dan bukan Melayu.

Sebenarnya, jika mereka benar-benar peka, tidak kiralah apa bangsa pun yang melakonkan watak panas itu asalkan ianya masih dibumi Malaysia, maka menjadi tanggungjawab bersama untuk kekal memelihara filem tempatan agar tidak di Hollywoodkan.

Pelik juga, macam mana filem yang jelas menjolok mata ini terlepas dari ‘sport check’ pengawas disiplin Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF).

Lebih pelik apabila filem Pulau arahan Euho dan diterbitkan oleh Web TV Asia yang bakal ditayangkan di pawagam itu termasuk kategori Untuk Tontonan Umum(U) bukan 18SX.

Apa yang lebih dikesalkan walaupun, mengandungi babak lucah berlebihan tetapi belum ada seorang menteri pun bersuara?

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dalam kenyataannya telah menyatakan bahawa pihaknya tidak bertanggungjawab ke atas kelulusan tayangan filem tersebut. Selain memberi amaran, pihaknya boleh membatalkan lesen sekiranya pemegang lesen disabitkan kesalahan berkaitan kecurangan, penipuan atau keburukan akhlak.

Adegan panas itu dilihat lebih kepada promosi murahan saja, sedangkan kalau babak-babak panas itu dibuang dari ditayangkan pun tidaklah sampai menjejaskan perjalanan cerita.

Ke mana perginya semangat perjuangan memartabatkan seni bangsa dan negara jika babak yang semacam mempromosikan aksi-aksi ghairah itu masih menjadi pilihan utama pengarah dan direlakan oleh keseluruhan tenaga produksi.

Apakah tujuan filem itu hanya sekadar hiburan semata-mata. Kemana perginya slogan bahawa seni filem itu bersifat mendidik ke arah kebaikan sebelum ini.

Sebenarnya adegan-adegan terlampau itu tidak perlu pun ditayangkan kalaupun merasakan adegan itu terlalu penting, cubalah berkreatif sikit dengan memasukkan metafora yang lebih mencabar minda pelakon dan penonton. Itu pun kalau pengarahnya benar-benar kreatif lah. Tetapi yang diperlihatkan hanyalah plagiat dari budaya sampah luar negara saja.

Bukan itu saja malah, poster filem Pulau juga telah mencetuskan bualan ramai kerana ia dikatakan meniru filem barat berjudul Fantasy Island.

Baru saja agensi perfileman berjaya mendaki kepuncak kejayaan selepas beberapa tayangan filem epik sejarah dan filem-filem ketenteraan yang lebih bersifat mendidik, yang sepatutnya menjadi penanda aras dan rujukan walaupun genre berbeza demi memajukan industri perfileman negara.

Kini muncul pula filem-filem sampah yang bersifat picisan yang sepatutnya aliran itu sudah lama pupus di era VCD sekitar 90-an lagi. Tetapi masih di ‘recycle.’

Jelas, ia hanya berselindung di sebalik pelakon-pelakon ternama saja sedangkan naskhah yang dikatakan bagus itu pun tidak seberapa. Entah apa pula fahaman yang cuba dibawa masuk dan hendak diperjuangkan?

Sudahlah, kalau hiburan itu tidak mampu mendidik pun, biarlah terlihat sedikit kebijakan.

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker