Filem Mat Kilau boleh dikatakan antara filem yang mengambil masa agak lama untuk pengarah Syamsul Yusof tamatkan dengan sempurna.
Mengikut laporan media, Syamsul Yusof mula mengarah filem ini pada 1 April 2018 dan selepas lima tahun, filem Mat Kilau masih belum siap.
Difahamkan terdapat banyak isu yang menganggu Syamsul dan orang-orang yang terdekat dengan Mat Kilau yang mahu menjaga keaslian cerita.
Bagi penggiat industri, mungkin ramai yang beranggapan menambah perisa dalam sesebuah cerita adalah normal asalkan mesej berjaya diangkat.
Namun bagi orang-orang yang terdekat dengan salasilah Mat Kilau dikhabarkan tidak mahu cerita yang dibuat mengandungi elemen ‘bukan Mat Kilau’.
Walau bagaimanapun, kita tidak mengetahui apakah rundingan atau perubahan sepanjang proses pembikinan filem ini kerana 2022 mengangkat ceritera lain.
Yang dihidangkan dalam tahun 2022 adalah filem Mat Kilau arahan Syamsul Yusof semakin hampir disiapkan sepenuhnya dan ramai yang teruja.
Suatu ketika dahulu, filem Hikayat Merong Mahawangsa mengecewakan peminat filem pahlawan tanah air kerana pelakon serta skrip yang dilontarkan.
Untuk filem Mat Kilau ini, ramai orang tidak berani meletakkan jangkaan yang tinggi namun tetap teruja kerana tahu kemampuan Syamsul Yusof mengarah filem.
Rekod Syamsul Yusof mengarah filem aksi moden diakui ‘sedap’ untuk ditonton namun kurang jiwa kerana tiada elemen cinta akan negara di dalamnya.
Namun menerusi filem Mat Kilau ini, diharap walau apa-apa pun yang berlaku sepanjang proses pembikinannya, setelah masyarakat menonton, jiwa Melayu yang hilang dapat diseru kembali.
Semoga Melayu bangkit dan perlulah kita menyokong usaha seni anak-anak Melayu yang mengangkat elemen Melayu dalam era moden yang penuh cabaran ini.
Watak Mat Kilau dilakonkan Ady Putra disamping beberapa pelakon lain seperti Fattah Amin, Beto Khusairy, Johan Ashaari, Adi Putra, ZZamrie dan Ali Karimie.