Isu Semasa

Filem Imam Didiskriminasi, Slot Tayangan Sedikit & Masa Tidak Sesuai

Dari mula hari tayangan sehingga kini, nampaknya filem Imam terus didiskriminasi dengan slot tayangan yang sangat sedikit serta masa yang tidak sesuai.

Mengambil contoh di TGV Wangsa Walk, filem Imam ini hanya mempunya satu slot tayangan sahaja pada hari biasa iaitu pada pukul 6.45 petang.

Jika difikirkan secara rasional, waktu itu cukup rapat dengan waktu solat Maghrib dan sesuai yang menonton filem ini pada waktu tersebut, maka penonton beragama Islam akan terlepas solat Maghrib.

Dari sudut umum, filem Imam wajar ditonton oleh masyarakat hari ini dalam merungkai permasalahan dan kecelaruan akidah yang sepatutnya tidak wujud.

Filem Imam juga merupakan adaptasi novel Imam (1995) dari naskah Sasterawan Negara Abdullah Hussain selain menjadi pemenang pertama Hadiah Sako tahun yang sama.

M. Nasir menjadi tonggak utama dalam filem Imam
M. Nasir menjadi tonggak utama dalam filem Imam

Berbeza dengan slot tayangan bagi filem Pulau yang menjadi kontroversi kerana menampilkan sekumpulan wanita muda berpakaian seksi, slot tayangannya lebih banyak banyak.

Mengambil contoh di TGV Wangsa Walk sendiri, terdapat enam slot tayangan bagi filem Pulau bermula dari pukul 11.00 am, 1.25 pm, 2.00 pm, 6.15 pm, 8.40 pm dan 11.05 pm.

Perkara ini menimbulkan rasa kecewa dalam kalangan penggemar filem apabila filem yang sepatutnya ditonton ramai didiskrimasi dengan sangat teruk dari segi slot tayangannya.

Filem Pulau dianggap tidak lucah biar pun para pelakonnya berpakaian seksi
Filem Pulau dianggap tidak lucah biar pun para pelakonnya berpakaian seksi

Siapa pula yang harus bertanggungjawab dalam perkara ini? Perlukan sampai orang-orang wayang kata, “Awak orang Muslim, kalau betul-betul nak tengok filem Imam, tak perlulah solat Maghrib.”

Filem Imam yang membawa pengisahan tentang agama takkan dapat kutipan berjuta-juta bukan kerana tiada orang mahu menonton sebaliknya, waktu slot tayangan ke atasnya seperti sengaja dirancang begitu.

Klik Untuk Sertai Group Demi Malaiu Di Sini

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker