Wahai ahli kitab, janganlah kamu melampau dalam agama kamu. Jadi, fenomena melampau dalam agama ini merupakan satu perkara yang memang sentiasa berlaku dari masa ke semasa. Berkenaan dengan soalan yang ditanyakan tadi itu, apakah kesan dan bagaimana kumpulan yang dipanggil sebagai Wahabi Khawaarij ini boleh memecahkan umat islam dan apakah kesan yang kita boleh tengok pada hari ini.
Saya ingin bawa satu contoh. Bila kita cakap tentang kumpulan yang dipanggil sebagai Wahabi Khawaarij ini, kita mungkin akan bertanya hari ini kumpulan mana yang ada fahaman sebegini? Jadi, berdasarkan kajian yang banyak dibuat sama ada di dunia islam dan juga di barat, kita boleh buat kesimpulan bahawa antara kumpulan yang mempunyai fikrah sedemikian, yang mempunyai manhaj demikian adalah seperti kumpulan Al-Qaeda dan ISIS.
Jadi, bila kita kaji tentang pemikiran, manhaj, ideologi kumpulan Al-Qaeda dan ISIS ini, kita akan dapati terdapat 5 doktrin penting yang menjadi asas kepada perjuangan Al-Qaeda dan ISIS ini. Ini adalah merupakan satu tiang atau doktrin kepada perjuangan penting dalam pemikiran mereka. Kerana dalam perjuangan mereka ini sebenarnya sama ada Al-Qaeda dan juga ISIS ini mereka mempunyai 2 matlamat sahaja.
Satunya adalah matlamat politik dan yang keduanya adalah faktor agama. Jadi, kedua-dua tujuan ini saling menyokong di antara satu sama lain. Dia menjadi satu tujuan perjuangan mereka ini. Itu adalah dari segi tujuan Al-Qaeda dan juga ISIS. Apabila kita teliti semula doktrin yang disebutkan tadi, sebagaimana Dr Abdullah sebut tadi, betul saya setuju antara doktrin penting adalah tauhid.
Mereka menjurus kepada tauhid. Ini yang menyebabkan ramai umat islam terkeliru sebab mereka akan mengatakan bahawa apa salahnya kita menyokong kumpulan seperti ini kerana mereka juga menyeru kepada tauhid, kembali kepada manhaj Salafussoleh dan kembali kepada sunnah, kembali kepada Al-Quran, kembali kepada tauhid. Sebab itu mereka dipanggil Al-muwahhidun, orang yang berpegang kepada tauhid. Jadi di mana salahnya?
Salahnya adalah mereka mewujudkan satu lagi aspek tauhid yang bukan sahaja 3. Mungkin antara kita yang tahu tauhid yang dipegang oleh kelompok Wahabi ini adalah terbahagi kepada 3, Uluhiyyah, Rububiyyah, Asma Wa Sifat. Tapi kalau kita teliti dengan lebih dalam, kita akan jumpa 2 lagi tauhid yang lain yang diciptakan oleh kumpulan ini iaitu tauhid Al-Hakimiyah ataupun tauhid Al-Mulkiyah.
Jadi, mereka mewujudkan satu bentuk tauhid yang lain, tauhid Al-Hakimiyah ini dan bagi mereka, sesiapa yang tidak bertauhidkan kepada tauhid Al-Hakimiyah ini, mereka akan menjadi kafir. Jadi, ini adalah satu perkara baru yang wujud dalam pemikiran umat islam iaitu tauhid Al-Hakimiyah ini. Pada asalnya tidak wujud pencerakinan, pembahagian tauhid itu kepada 3, 4 dan 5.
Tetapi kumpulan ini dia pergi kepada ekstrim, mereka mewujudkan kumpulan satu lagi iaitu Al-Hakimiyah dan tauhid Al Mulkiyah. Kalau kita tanya mengapa tauhid ini diwujudkan? Tauhid ini diwujudkan adalah untuk menangani isu masalah politik yang wujud pada ketika itu. Sebab tuan-tuan dan puan-puan perlu ingat bahawa selepas kejatuhan khilafah uthmaniyah pada 1924, tidak ada lagi khalifah yang terwujud selepas daripada itu.
Pelbagai percubaan yang telah dilakukan oleh umat islam untuk mengembalikan kegemilangan umat islam setelah kejatuhan khilafah uthmaniyah. Dan banyak kumpulan-kumpulan dipanggil sebagai gerakan-gerakan islam, gerakan As-Sahwah Al-Islamiyyah diwujudkan untuk mengembalikan. Jadi, wujudnya kumpulan seperti Jamaah Tabligh, kumpulan Ikhwanul Muslimin, kumpulan Hizbut Tahrir dan sebagainya.
Tujuannya adalah untuk mengembalikan kegemilangan umat islam. Dari segi matlamatnya adalah satu matlamat yang baik tetapi dari segi kaedah yang digunakan itu adalah kaedah yang bila dia berhadapan dengan realiti-realiti semasa, dia jadi menyeleweng. Jadi tauhid Al-Hakimiyah ini adalah diwujudkan untuk menangani atau mendepani isu pada ketika itu bahawa selepas daripada jatuhnya Khalifah Uthmaniyah itu banyaklah kerajaan-kerajaan islam yang diwujudkan tetapi tidak mengamalkan hukum islam. Maka, mereka mengambil hukum-hukum atau undang-undang barat daripada British misalnya dan mengamalkan hukum itu di negara mereka.
Maka, ini adalah satu realiti yang dihadapi oleh gerakan islam ini. Jadi bagaimana mereka ingin menghadapi pemikiran macam ini. Maka, mereka mewujudkan tauhid iaitu tauhid Al-Hakimiyah. Maknanya, siapa-siapa atau mana-mana pemimpin yang tidak mengamalkan hukum islam dan menjalankan hukum islam maka mereka menjadi kafir secara automatik.
Keabsahan pemimpin itu akan jatuh sekiranya mereka tidak mengamalkan hukum islam. Dan kalau kita jejak dari segi asal usul pemikiran tauhid Al-Hakimiyah ini, dia akan pergi kepada tauhid Khawaarij tadi yang wujud pada zaman Khalifah Usman dan Khalifah Ali.
Pertembungan yang berlaku tadi. Tidak ada hukum melainkan hukum Allah. Kalaulah Saidina Ali tidak ingin dengan hukum Allah maka kita boleh perangi begitu juga dengan Muawiyah. Jadi itu adalah salah satu doktrin yang penting iaitu tauhid Al-Hakimiyah. Dengan tauhid inilah yang memecahbelahkan umat kerana mereka akan berhukum, sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, negara-negara mana sekalipun maka dia menjadi kafir.
Itu yang pertama. Doktrin yang kedua adalah berkenaan dengan takfir. Iaitu mengkafirkan umat islam yang tidak bertauhidkan kepada tauhid Al-Hakimiyah tadi. Jadi, mana-mana umat islam yang tidak berpegang kepada tauhid Al-Hakimiyah ataupun menyokong kumpulan-kumpulan, parti ke misalnya yang hidup dalam kepartian, dalam jemaah yang tidak mempromosikan tauhid Al-Hakimyah ini ataupun tidak menyokong perjuangan kumpulan ini maka dia turut menjadi kafir.
Maka banyaklah umat islam kafir. Majoriti umat islam akan menjadi kafir kalau macam tu. Dan inilah yang menjadi asas pemikiran Al-Qaeda dan ISIS. Saya ingat satu temu bual dengan Osama bin Laden. Dia baca satu ayat apabila ditemu bual oleh wartawan daripada Qatar. Dia tanya “Sheikh, macam mana dengan umat islam yang tidak mengamalkan hukum islam?”. Dia kata “Kafir!” sebab berdasarkan kepada ayat surah Al-Maidah, 54. (Ayat surah Al-Maidah) Jadi, atas dasar itulah orang itu menjadi kafir (Ayat Surah Al-Maidah) Jadi ini menjadi asas kepada perjuangan yang dilakukan kumpulan tadi.
Dan saya terkejut bila ada satu penulisan, Islam ini adalah agama yang mempromosikan ketakutan dan keganasan, siapa yang ingkar, dia menjadi kafir berdasarkan ayat surah Al-Anfal, 60. Ayat tadi telah menjadi asas kepada mengatakan islam itu adalah agama yang memang diutuskan untuk menakut-nakutkan musuh islam. Jadi, inilah yang menjadi asas kepada apa yang berlaku pada hari ini.
Dan yang ketiganya adalah Al-Wala Al-Bara. Al Wala Al Bara merupakan satu doktrin yang penting juga iaitu masyarakat kita ini boleh pecah kepada 2 iaitu mereka yang Al Wala kepada pemimpin-pemimpin, kumpulan, akidah yang betul dan Al Bara, terpisah dengan kumpulan-kumpulan kita iaitu kumpulan yang mengikut kefahaman mereka. Ini di sinilah wujudnya peluang untuk menjadi berpecah-belah apabila mereka membentuk satu pemikiran Al Wala Al Bara ini. Dan yang keempatnya adalah konsep Daulah Islamiyyah. Ini yang berkaitan dengan politik tadi sebab itu tujuan gerakan-gerakan Al-Qaeda dan ISIS ada 2 iaitu tujuan politik dan agama dan mereka menggunakan asas agama untuk memberi legitimasi kepada tujuan politik tadi.
Jadi, bagi mereka sesiapa sahaja yang tidak mengamalkan hukum islam dan tidak mewujudkan sebuah negara islam maka dia menjadi kafir. Jadi, atas asas itu sahaja seseorang itu menjadi kafir kerana tidak bertauhidkan kepada Al-Hakimiyah dan tidak mengkafirkan mereka yang kononnya menjadi kafir kerana tidak mengamalkan hukum islam. Dan akhir sekali adalah doktrin jihad yang dibawa oleh mereka.
Bagi mereka, jihad ini dilakukan oleh orang islam dan umat islam sendiri kepada mereka yang tidak mengamalkan hukum islam. Jadi, bayangkan tuan-tuan dan puan-puan, kalau kita amal 5 doktrin yang dibawa oleh ISIS dan Al-Qaeda tadi, bagaimana keadaan umat islam akan berlaku?
Ini merupakan satu bala bencana yang cukup besar. Sebab itulah hari ini, umat islam menjadi mangsa kepada 2 kumpulan tadi. Walaupun orang kata Al-Qaeda berbeza dengan ISIS tetapi dari segi doktrin asasnya adalah satu doktrin yang sama. Mereka berbeza dari segi taktikal sahaja tetapi dari segi doktrinnya memecahkan umat islam. Ini telah terbukti, mereka yang di Malaysia pun berpegang kepada ideologi tadi dan dia terlibat dengan keganasan.
Dia menyokong pengeboman, pembunuhan dan sebagainya. Ini adalah manifestasi ataupun dia terjemahkan idea yang dibawa oleh kumpulan tadi dalam bentuk tindakan. Maka di sinilah kesannya sebagaimana Dr Abdullaah sebut tadi adalah kesan kepada keselamatan. Bukan sahaja kepada keselamatan dan integriti agama tetapi juga kepada integriti keselamatan dan ketenterama awam di Malaysia. Saya rasa itu setakat itu sahaja respons saya kepada soalan tadi.
Dr. Ahmad El-Muhammady