Dalam Perbincangan Rakyat Demi Melayu yang bertajuk Wahabi Tak Sesuai Untuk Malaysia, terdapat segelintir rakyat Malaysia yang dipercayai juga penganut agama Islam memberikan perspektif negatif ke atas fatwa negeri.
Sedangkan umum mengetahui bahawa fatwa negeri dikeluarkan bagi menjawab sebarang kekeliruan dalam agama atau sebagai landasan untuk pegangan serta perhatian umat Islam di negara ini.
Kerajaan Malaysia juga telah memberi kemudahan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk melayari laman e-smaf.islam.gov.my bagi menyemak sebarang kekeliruan atau soal jawab berkait dengan Islam.
Namun jika usaha kerajaan Malaysia menerusi kewujudan sistem di atas pun disangkal segelintir pihak, ia secara tidak langsung menyuarakan persepsi yang buruk kepada Yang Dipertuan Agung serta Raja-Raja Melayu.
Hal ini demikian kerana segala aset termasuklah pegawai kerajaan tertakluk kepada urusan Seri Paduka Baginda dan kemunculan pihak yang membuat provokasi sebenarnya sudah boleh diambil tindakan.
Misalnya seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Azfr D. Kenji menolak sebarang hujah-hujah bagi menjawab kekeliruan tentang Islam berasaskan fatwa negeri.
Baginya yang mewakili kumpulan dengan pemikiran yang sama, mana-mana individu dalam negara ini yang ingin memberi penerangan tentang agama haruslah berpaksikan hadis semata-mata.
Sungguh pun fatwa negeri tentang panduan amalan Islam di negara ini terbentuk hasil muzakarah atau musyawarah (Nabi SAW juga menjalankan musyawarah terlebih dahulu menjelang Perang Badar), ada yang berpendapat keputusan majoriti menerusi muzakarah tidak semestinya betul.
Maka dengan itu, jika ada pihak berpendapat Malaysia ini aman dari segi perang fahaman ideologi atau sebaliknya, perbualan di atas mungkin jawapan yang dicari-cari.