Menjadi seorang Melayu itu haruslah mengenal sifatnya terlebih dahulu, mengenal sikapnya terlebih dahulu dan membawa kepada mengenal Allah SWT yang mencipta kita sebagai hamba di dunia ini.
Dalam universe dunia ini (bumi), Allah SWT mencipta manusia sebagai khalifah untuk seluruh penghuni bumi termasuklah haiwan, tumbuh-tumbuhan serta makhluk lain ciptaan Allah SWT.
Bukannya ada satu kefahaman perlu tunduk kepada haiwan, tumbuh-tumbuhan serta makhluk lain ciptaan Allah SWT seperti sangkaan kebanyakan orang-orang Melayu hari ini.
Dek kerana ada sanad ilmu yang telah terputus atau terikat dengan pendidikan nasional, selepas tamat belajar dan bekerja, lalu beranggapan sesi mencari ilmu tamat, banyak pemikiran menjadi kacau.
Salah satu kesannya, ramai generasi hari ini tidak mengenali atau memahami sejarah dan percaya bulat-bulat tentang perkara yang ditulis oleh orang yang kononnya menang sedangkan wujud unsur penipuan.
Namun demikian, bagi orang-orang yang dizinkan Allah SWT untuk mengenal mana hak atau mana batil, ini adalah peluang untuk tampil sebagai pejuang bagi memperbetulkan masalah umat.
Bercakap tentang pejuang, elemen ketenteraan pasti akan terlintas dan sesiapa sahaja menjadi kepala atau ketua dalam tentera itu, dialah paling kuat dan bijaksanana dengan izin Allah SWT.
Namun demikian, tentera ini anggotanya boleh jadi macam-macam:
- Kalau tenteranya adalah orang, maka dia adalah ketua kepada orang-orang
- Kalau tenteranya adalah kata-kata, maka dia adalah ketua kepada lidah dan lisan
- Kalau tenteranya adalah anggota badan, maka dia adalah ketua kepada tubuh atau jasad
- Kalau tenteranya adalah rohani, maka dia adalah ketua kepada insan
- Kalau tenteranya adalah rohani dan anggota badan, maka dia adalah ketua kepada dirinya sendiri
Bercakap tentang ketua pula, sifatnya sudah tentu mencakupi kepandaian, teliti, bijaksana, tidak mudah mengalah, berfikir sebelum bercakap, bersikap adil serta berani berdepan cabaran.
Jika itulah antara sifat-sifat yang kita yakin dan percaya ada dalam diri kita, makan tanjak Anderiguru Selebu mungkin sesuai untuk disarungkan agar orang kenal bagaimana falsafah hidup kita.
Hal ini demikian kerana menurut karangan Dr. Johan Iskandar menerusi buku Destar Alam Melayu, Anderiguru bermaksud kepala dalam tentera atau berpangkat hulubalang.
“Setiap hulubalang mempunyai askar bawahan sendiri. Selebu bermaksud lautan yang mempunyai ombak besar yang hanya boleh direntasi dengan menggunakan kapal tentera yang besar. Anderiguru Selebu bermaksud seorang yang mempunyai kuasa tentera dan mengetuai satu armada tentera laut yang besar.”
Jadi adakah kita mampu menakhodai tentera-tentera yang kita kuasai? Tepuk dada, tanya diri, tanya rohani, tanya iman. Wuallahualam!
Berminat untuk membeli tanjak Anderiguru Selebu? Klik di sini untuk tempahan!