Sejarah

Fakta Buku Teks Sejarah Tak Tepat, Raffles Bukan Pengasas Singapura

Di Singapura, terdapat empat patung berdiri megah di samping patung Sir Stamford Raffles yang dikenali sebagai pengasas Singapura. Empat figura bersejarah tersebut adalah Sang Nila Utama, Tan Tock Seng, Munshi Abdullah dan Naraina Pillai. Lima figura hebat tersebut berada berhampiran di Sungai Singapura menjadi kebanggaan dan simbolik sejarah Singapura untuk tatapan generasi masa kini.

Menurut kajian, Sir Stamford Raffles merupakan pengasas Singapura pada era pasca moden. Jadi, siapakah yang membuka Singapura pada permulaan waktunya? Pengasas tersebut tidak lain tidak bukan adalah salah satu dari figura patung tersebut iaitu Sang Nila Utama.

Mengikut Sejarah Melayu, Sang Nila Utama telah menemui Singapura lebih awal daripada Sir Stamford Raffles iaitu pada tahun 1324M. Sir Stamford Raffles pula menemui dan membangunkan Singapura pada tahun 1819. Baginda merupakan anak kepada Raja Suran yang datang ke Palembang dan mengahwini Wan Sendari (anak penguasa Kerajaan Melayu Palembang). Baginda juga mendapat gelaran Sri Tri Buana kerana menguasai tiga wilayah iaitu Palembang, Bentan dan Temasik.

Baginda berlayar ke Bintan dan berlabuh di sebuah pulau yang pantai pasirnya berwarna putih dan indah. Pulau tersebut bernama Temasek. Sebaik tiba di Temasek, baginda memasuki ke hutan untuk memburu dan menjumpai seekor binatang yang aneh tetapi cantik. Baginda menanyakan perihal tersebut kepada pembesarnya dan diberitahu bahawa itu merupakan seekor singa.

Hasil daripada itu, baginda telah menubuhkan kerajaan baru di Temasek dengan memberi nama Singapura yang bermaksud Kota Singa.

Sang Nila Utama telah memerintah Singapura dari tahun 1324M hingga 1372M. Selepas baginda mangkat, pemerintahan Singapura di ambil alih oleh anaknya iaitu Raja Kechil Besar dari tahun 1372M-1386M, kemudian diwarisikan kepada Paduka Seri Rana Wira dari 1386M-1399M dan di akhiri dengan Paduka Sri Maharaja Parameswara.

Parameswara memerintah Singapura dari tahun 1399M-1401M, kemudian telah melarikan diri ke Sungai Bertam di semenanjung Tanah Melayu selepas kerajaannya di Singapura telah diserang oleh Majapahit. Penghijrahannya di Tanah Melayu sekaligus telah mewujudkan pembukaan kota Melaka sehingga lahirlah juluran kesultanan Melayu Melaka.

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button
Sertai Komuniti Demi Malaiu
Kongsi cerita anda dengan kami dan dapatkan kemaskini semua kandungan dari semua platform media sosial Demi Malaiu