Agama

Fahami Erti Ahli Sunnah Wal Jamaah Dalam Bahasa Cukup Mudah!

Ahli Sunnah Wal Jamaah merujuk kepada pegangan akidah umat Islam seluruh dunia.

Masyakarat harus tahu bahawa pegangan akidah ini merangkumi empat perkara seperti:

  1. Al-Quran
  2. Hadis
  3. Ijmak ulama
  4. Qias

Benar al-Quran dan hadis perlu dijadikan panduan namun apakah orang awam pakar mentafsirkannya?

Di sinilah peranan ijmak ulama mentafsirkan bagaimana al-Quran dan hadis itu harus difahami.

Katakanlah kita bercakap tentang solat, bagaimana kita mampu memahami solat dengan sekadar membaca?

Pastinya tak terbayang dek akal namun ulama telah hadir menunjukkan bagaimana cara Rasulullah bersolat.

Maka.. perintah al-Quran kita ikut, hadis Rasulullah SAW kita ikut, cara sebenar Rasulullah SAW kita ikut.

Fahami Konsep Dengan Perumpamaan

Letakkan perumpaan mudah seperti moyang kita antara individu yang pakar dalam dunia perubatan.

Malah bukan itu sahaja, moyang kita siap menghasilkan satu buku yang berkait dengan kaedah perubatannya.

Moyang cerita kepada datuk, datuk cerita kepada ayah dan ayah tak sempat bercerita kepada kita.

Namun ada pakar perubatan yang mahir dalam mengkaji buku perubatan lama hadir di hadapan kita.

Kebetulan Allah SWT uji kita dengan satu penyakit dan cara mengubatinya ada di dalam buku moyang kita.

Bagaimana kita yang tiada ilmu mahu mentafsirkannya untuk mengubati penyakit yang sedia dialami?

  1. Adakah dengan sekadar baca dan cuba faham-faham sendiri kemudian cuba-cuba rawat sendiri?
  2. Atau kita rujuk kepada pakar perubatan yang mahir dalam mengkaji agar nyawa dapat diselamatkan?

Jika anda memilih untuk menjadi golongan pertama, ibarat secara tak sedar menolak ijmak ulama.

Jika anda memilih untuk mejadi golongan kedua, anda menyakini ijmak ulama bawa perkhabaran yang benar.

Namun demikian, hanya diri kita sahaja boleh menyemak diri di mana perjalanan kita sehingga hari ini.

Yakin mengangkat pegangan akidah ahli sunnah wal jamaah sebagai panduan hidup muslim?

Atau tetap memilih untuk menolak ijmak ulama dan qias kerana yakin diri sudah terlampau faham?

Suka atau tidak, kita perlu perhalusi diri ini demi kehidupan yang lebih tersusun dan tidaklah mudah untuk tersasar.

MISI CAPAI 100,000 LIKE SEBELUM 31 DISEMBER 2022

[wpdevart_like_box profile_id=”100109992115173″ stream=”hide” connections=”show” width=”320″ height=”130″ header=”medium” cover_photo=”show” locale=”en_US”]

Anda memiliki tulisan mengenai Melayu yang ingin dikongsikan? Hantar di sini.

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok Demi Malaiu. Sertai Telegram kami DI SINI untuk kandungan yang menarik dan membangkitkan jati diri bangsa!

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker