Agama

Fahaman Selain Ahli Sunnah Wal Jamaah Perosak Fikiran Melayu

Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) merupakan aliran akidah yang dipegang oleh negara Malaysia. Namun, kini terlalu banyak dakyah yang cuba untuk memasuki negara ini tanpa kita sedari yang boleh membahayakan akidah umat Islam di sini.

Pernahkah anda mendengar hadis daripada Mu’awiyah bin Abi Sufian RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

“Ketahuilah sesungguhnya golongan ahli kitab sebelum daripada kamu berpecah kepada 72 atau 73 golongan. Dan golongan ini (Islam) akan berpecah kepada 73 golongan. 72 golongan akan ke neraka dan satu golongan akan ke syurga iaitu al-Jemaah.” [Riwayat Abu Daud (4597)]

Rata-rata umat Islam di Malaysia adalah bermazhab Syafie dan merupakan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Jadi apa yang dikatakan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ)? Menurut pendakwah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad, “Orang berpegang pada sunnah Nabi Muhammad SAW ialah ahli sunnah, manakala mereka yang berpegang pada sunnah Baginda, pasti akan berjemaah, sekali gus di sinilah ia dikenali sebagai ASWJ,”

Rasulullah SAW juga pernah bersabda “Sesiapa sahaja yang hidup sesudah aku wafat, maka dia akan menyaksikan banyak kekhilafan dan percanggahan dalam urusan. Maka hendaklah kamu berpegang teguh kepada sunnahku.” (HR Abu Daud dan Tirmizi)

Namun janganlah kita terkejut yang sebenarnya banyak fahaman selain ASWJ yang menular di Malaysia. Negara pernah digemparkan dengan ajaran Ayah Pin, Tuhan Harun, Haji Kahar dan pelbagai lagi ajaran sesat lain yang berjaya mempengaruhi umat Islam di negara ini.

Baca juga>> “Tenang.. Kami Cuma Nak Serang Umat Islam Agar Berpecah Dari Dalam!” – Bukan Geng ASWJ

Bukan saja ajaran sesat malahan fahaman lain seperti Islam Liberal, Pluralisme, Syiah, Salafi, Zahirriyah, Batinniyah, Takfiriyyah dan bermacam-macam lagi fahaman wujud di zaman moden ini.

Terbaru, ajaran Mhd. Mouhib Khouli Nazeem telah difatwakan sesat oleh kerajaan Terengganu. Ajaran ini bercanggah dengan tonggak akidah Islam yang diyakini ulama al-Asya’irah dan al-Maturidiyyah.

Ajaran sesat dan fahaman-fahaman seperti ini boleh mengganggu-gugat ketenteraman negara dan boleh memecah belahkan umat Islam. Individu juga dikhuatiri akan memuja dan melakukan amalan syirik dan khurafat mengikut fahaman mereka. Sudahlah terpesong, malah mereka juga menyebarkan ‘ilmu’ tersebut pada orang lain. Akibatnya umat Islam yang kurang pengetahuan mudah dipengaruhi dan terus menjadi pengikut.

Kadangkala perbalahan antara keluarga serta rakan-rakan juga berlaku kerana berbeza fahaman dan pendapat. Siapa yang rugi dalam situasi sebegini? Umat Islam dan kaum Melayu khususnya kerana sudah berpecah belah hanya kerana ajaran yang bertentangan.

Untuk membendung hal ini dari berterusan, pihak berkuasa harus sentiasa memantau dan mengenal pasti siapa penyebar serta pengikut ajaran sesat yang berleluasa di Malaysia. Umat Islam juga perlu menimba ilmu dengan lebih lagi supaya tidak mudah terpengaruh sehingga boleh terkeluar dari landasan akidah. Moga-moga kita semua tergolong dalam 1 golongan yang masuk ke syurga seperti dinyatakan di dalam hadis Rasulullah SAW. Allahualam. 

Menarik:

Fatwa Negeri Di Malaysia Yang Menolak Wahabi – Dr. Abdullah Jalil

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker