Perubatan

Etnosains: Kenali Rumput Penawar Racun Dan Santau Yang Sering Dipijak-Pijak!

Dalam dunia etnosains alam Melayu, tidak ramai anak-anak bangsa tahu bahawa dalam rimbunan rumput yang sering dipijak, ada rumput penawar racun dan santau.

Bagi generasi hari ini, rumput yang dipijak atau tumbuh melata adalah sekadar rumput namun sebenarnya, tidaklah Allah SWT menciptakan sesuatu itu sia-sia.

Rumput Merah Vs Rumput Hijau

Menurut Ar. Dr. Mastor Surat, rumput berwarna merah merupakan penawar bagi masalah santau dan rumput berwarna hijau boleh jadi penawar bagi racun.

Namun demikian, fakta dan kepentingan ilmu alam yang berkait dengan etnosains ini hilang daripada pengetahuan anak-anak Melayu.

Boleh dikatakan semuanya berfokuskan perubatan moden yang bergantung kepada dadah dan juga mesin sebagai lambang kemajuan dalam bidang kesihatan.

Kucing Lebih Bijak Daripada Manusia

Jika anda membela kucing, pasti anda biasa melihat kelakuan kucing makan rumput dan muntahkan rumput itu semula dengan banyak air liur.

Perkara yang sebenarnya adalah kucing itu sedang merawat dirinya yang termakan racun, dipercayai daripada sumber makanan manusia.

Maka dengan perbuatan makan rumput segar yang berwarna hijau, kucing dapat memuntahkan segala penyakit asing yang menyerang sistem imunisasinya.

Kucing makan rumput untuk buang racun dalam tubuhnya
Kucing makan rumput untuk buang racun dalam tubuhnya

Boleh Makan Rumput Begitu Sahaja

Apabila bercakap tentang herba, ramai yang berpendapat ia perlu direbus terlebih dahulu namun menurut Mastor, perkara itu adalah subjektif.

Hal ini demikian kerana bagi sesetengah kes, rumput-rumput yang menjadi penawar kepada racun dan santau tadi boleh dimakan begitu sahaja.

Tonton video di bawah untuk dapatkan penerangan lanjut mengenai rumput penawar racun dan santau.

@demi_malaiu

Rahsia Melayu sembuh Santau ada di rumput.

♬ original sound – Demi Malaiu – Demi Malaiu

Sertai Telegram Etnosains Malaysia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Dapatkan Kandungan Demi Malaiu Sekarang!
Terima Notifikasi Setiap Kali Kami Siarakan Kandungan Baru