Isu Semasa

Empat Punca Melayu Boleh Hilang Di Dunia Dalam Tempoh Kurang 40 Tahun!

Dijangkakan 30 hingga 40 tahun lagi, Melayu hanya tinggal nama.

Ini yang sedang berlaku, bukan cakap main-main.

Berlaku di sekeliling kita bagaimana suatu ketika dahulu orang Melayu yang memimpin tetapi hari ini sudah dipimpin oleh orang lain.

Kita kena faham tentang kedudukan orang Melayu. Sekarang ini apa dilema Melayu?

Apa dilema kita sekarang ini? Kenapa jadi seperti ini? 

Dilema Melayu sekarang ada tiga. Tiga unsur penting yang menjadi kenapa kedudukan Melayu sekarang ini sangat tergugat dan serius.

Yang pertama, dari segi ekonomi.

Kita kena ingat sejarah.

Apa yang berlaku hari ini, kita kena tahu puncanya di mana supaya kita faham.

Apabila kita buat pengislahannya, penambahbaikannya tepat kepada menyelesaikan puncanya, bukan menyelesaikan cabang-cabangnya.

Kita kena pergi kepada punca asalnya.

Kita kena ingat, kedudukan tanah Melayu, bagaimana British telah lakukan pada tahun 1938.

Dalam catatan sejarawan, orang Melayu mempunyai 78 711 ekar tanah tetapi orang Cina diberi oleh British dua juta ekar.

Ini dalam buku sejarah. Bukan direka-reka. Boleh rujuk buku sejarah.

Sekarang, kalau kita tengok, kedudukan tanah Melayu berapa peratus?

Ada yang mengatakan tinggal 12 peratus sahaja.

Itu tanah rizab Melayu, yang sudah diambil dan tidak diganti.

Kalau digantikan pun, diganti dengan yang tidak sepadan.

Diambil tengah-tengah bandar seperti berlaku di Jalan Tunku Abdul Rahman.

Sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman itu ialah tanah rizab Melayu asalnya.

Mana gantinya? Tidak ada.

Sepatutnya digantikan dengan nilai yang sama seperti Jalan Tunku Abdul Rahman yang duduk di tengah-tengah bandar itu.

Jadi, kalau ini tidak dibaiki, maka kita akan merempat di negara sendiri.

Realiti berlaku dalam dunia ini.

Sekarang berapa banyak lagi tanah, tidak ada yang berani dedahkan tanah orang Melayu, milikan orang Melayu.

Kita tahu, saban hari saban malam tanah Melayu digadai, dijual, dipindah milik dan sebagainya kepada orang lain.

Jadi, kita jangan berasa selesa dengan keadaan ini.

Bercakap tentang ekonomi, kita menyasarkan 30 peratus sahaja, berapa sampai sekarang ini?

Pernah sampai 23, 24 peratus tetapi sekarang sudah turun semula, 18 peratus. I

tu pun termasuk pegangan GLC, bukan individu Melayu.

Pendapatan isi rumah orang Cina dan India jauh ke hadapan dua, tiga kali ganda daripada pendapatan isi rumah orang Melayu.

Yang kedua, dari segi pemikiran yang dicampur aduk

Ini juga menyebabkan orang Melayu disogok dengan pemikiran hasil pendidikan yang tidak berasaskan teras agama yang kuat, akhirnya melahirkan pemikiran orang Melayu yang tidak berasa bangga dengan bangsanya, bahasanya, budayanya, silatnya, syair dan sajaknya sendiri.

Pemikiran yang bercampur aduk.

Yang ketiga, dari segi agama.

Dahulu kita tengok, sejak dahulu lagi, ketika kesultanan Melaka, memang agamawan antara mereka yang diberi tempat dalam kepimpinan negara.

Malah, mereka ini baik dengan sultan, menjadi penasihat sultan tetapi apabila kita membawa sistem demokrasi yang memisahkan antara pemerintahan dengan agama, maka jadilah seperti hari ini, agamawan dipinggirkan.

Sistem pendidikan kita pula melahirkan agamawan-agamawan yang kurang berani untuk tampil ke hadapan dan membawa idea-idea baharu.

Akhirnya, yang dominan ialah orang-orang sekular, yang tidak ada banyak pendidikan.

Jadi, agama yang ada hari ini ialah agama yang serpihan, yang terpecah-pecah sebagaimana yang disebutkan.

Ketiga-tiga faktor ini dikuatkan lagi dengan faktor pemerintah yang korup, mementingkan diri sendiri, tidak ada visi kepada kebajikan rakyat.

Maka akhirnya, ketiga-tiga faktor ini dicampurkan pula dengan pemerintah yang tidak kisah tentang rakyat walaupun dilaungkan sayang rakyat, akhirnya orang Melayu seperti keadaan sekarang ini.

Kalau tuan-tuan menghadiri mesyuarat, walaupun mesyuarat dalam sektor kerajaan, bahasa apa yang digunakan? Bahasa Inggeris.

Suatu ketika dahulu, apabila Menteri Kewangan dipegang oleh orang bukan Muslim, bukan Melayu, dokumen-dokumen rasmi ditulis dalam bahasa Inggeris, dalam bahasa Cina, dianggap sebagai sama rata.

Kita tengok papan tanda.

Akhirnya, orang Melayu tidak berasa bangga dan berasa hina menggunakan bahasa Melayu, berasa hina memakai tanjak.

Ada yang hendak membuat program memakai tanjak, dihalang oleh pihak keselamatan.

Kerana apa? Bimbang macam ada satu gerakan hendak mengamuk dan sebagainya.

Itu pemikiran tentang budaya kita.

Di mana syair dan sajak kita? Semuanya telah hilang.

Hatta menghormati kepimpinan negara seperti yang berlaku hari ini pun sudah hilang, tidak hormat kepada Yang di-Pertuan Agong dan sebagainya.

Ini elemen-elemen yang berada dalam negara kita.

Akhirnya, orang Melayu sudah hilang jati diri.

Kalau bertanya kepada pemimpin kita, mereka orang Melayu atau orang Malaysia?

Mereka akan menyebut, orang Malaysia. Kerana apa?

Malaysian Malaysia sudah menjadi dominan.

Malaysia sudah tidak ada apa-apa, bukan lagi Tanah Melayu.

Sejarah sudah dilupakan.

Tidak pernah dalam dunia ini sejarah sesuatu bangsa itu dihapuskan dengan begitu sahaja kerana hendak menyantuni golongan minoriti.

Kita pergilah ke mana-mana negara, mereka bangga dengan sejarah mereka, bangsa mereka dan sebagainya.

Ini bukan bermakna kita mendiskriminasikan atau asabiah.

Tetapi kita hendak membangunkan semula jati diri bangsa kita.

Kita tengok masjid. Kita ada Masjid Pakistan, Masjid India, Masjid Cina. Mana Masjid Melayu?

Tidak nampak satu pun Masjid Melayu. Kita tidak ada tetapi bangsa-bangsa lain ada.

Muzium, tiada muzium Melayu, tiada yang hendak membangunkan.

Jadi, tiada usaha daripada pemimpin kita untuk membangunkan semula jati diri ini.

Tegas dikatakan di sini bahawa sekurang-kurangnya satu tindakan radikal terhadap bangsa kita, 50 tahun akan datang bangsa kita tidak akan survive.

Percayalah.

Bangsa kita akan menjadi terpinggir.

Fizikalnya ada tetapi jati diri tidak ada.

>> Boleh tonton video berkaitan, Kita Bangsa Yang Sentiasa Mandiri (Survive)?

>> Baca juga laporan penuh, boleh klik link di sini.

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button