Isu Semasa

Elaun Guru KAFA Dinaikkan RM100

Alhamdulillah, Terima Kasih PM Kerana Memahami

Alhamdulillah. Walaupun tidak sebanyak yang dipinta tetapi tetap memberi kesan besar buat semua 35,000 guru KAFA apabila Kerajaan bersetuju untuk menaikkan elaun bagi guru KAFA daripada RM1000 kepada RM1,100.

Berita gembira ini diumumkan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim sewaktu Belanjawan 2023 Malaysia Madani, semalam.

Perdana Menteri dalam ucapannya berkata,“Saya juga faham peranan besar yang dimainkan oleh imam dan bilal serta guru-guru dalam mengimarahkan fungsi masjid.”

“Menghargai jasa dan keringat mereka, Kerajaan bersetuju untuk: menaikkan elaun bagi 35 ribu guru KAFA sebanyak 100 ringgit kepada 1,100 ringgit dengan peruntukan tambahan lebih 40 juta ringgit.”

Selain itu, Kerajaan juga bersetuju untuk memberi sumbangan khas kepada imam, bilal, tok siak dan guru KAFA sebanyak RM600.

“…memberikan sumbangan khas 600 ringgit kepada imam, bilal, tok siak, noja, marbut, guru KAFA dan guru takmir. Seramai 70 ribu orang akan menerima sumbangan ini melibatkan peruntukan lebih 40 juta ringgit,” kata Perdana Menteri lagi.

Walaupun, sebelum ini di kerajaan terdahulu telah berjanji untuk serapkan guru KAFA ke jawatan tetap dan sekaligus menaikkan elaun ke gaji minuman RM1500 tetapi masih belum dapat juga dilaksanakan oleh Kerajaan Perpaduan hari ini, mungkin atas kekangan budget.

Hendak atau tidak terpaksalah guru-guru KAFA ini bersyukur dan hadap saja tangga gaji yang masih juga berstatus elaun dengan jumlah bersih RM800 selepas ditolak KWSP dan Socso maka tetaplah mereka masih juga berada di paras miskin tegar.

Apa boleh buat, itulah imbuhan setimpal untuk individu yang mahu mendidik anak bangsa dengan pengetahuan Islam dan itulah nilai usaha untuk memartabatkan Islam Agama Persekutuan di negara ini.

Dikemudiankan dan dianaktirikan itu perkara biasa. Sekadar dan ala kadar itulah makanan yang mereka perlu telan.

Jangan pula kita nak bezakan budget untuk sektor pelancongan dan hiburan, takkanlah nak sama pula.

Apa-apa pun Terima Kasih dan Tahniah PM kerana begitu memahami.

Elaun dah dinaikkan RM100 bolehlah mohon kalau ada yang berminat nak jadi guru KAFA juga lepas ni.

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker