Orang yang meninggal dunia di dalam kubur saling ziarah menziarahi dalam keadaan berbalut kain kapan masing-masing tetapi apabila mereka dibangkitkan pada hari kiamat nanti, mereka dalam keadaan telanjang, kecuali yang gugur syahid di medan pertempuran.
Terdapat hadis diriwayatkan daripada Saidina Ali yang bermaksud: “Orang pertama yang akan diberikan persalinan pakaian iaitu dua helai kain Qibti ialah Nabi Ibrahim.
“Selepas itu dikurniakan pula kepada Nabi Muhammad SAW kain Hibrah yang didatangkan daripada pihak kanan Arasy sebelum mereka berdua dibawa masuk ke syurga.
“Selepas itu, barulah akan diberikan pakaian kepada sesiapa yang Allah kehendaki sebelum mereka dibawa ke syurga.”
Roh bagi orang beriman akan terus mendapat nikmat yang berkekalan. Mereka (yang hidup dalam suatu alam dinamakan barzakh) mengenali antara satu sama lain.
ANDA MUNGKIN MEMINATI: Melayu Akan Hilang Di Dunia Jika Terlibat Atau Melakukan 5 Perkara Ini!
Suami mengenali isterinya begitu juga sebaliknya. Bapa mengenali anaknya dan begitulah sebaliknya. Selain itu, sahabat mengenali sahabat yang lain, bahkan mereka saling ziarah menziarahi.
Segala kebaikan dan perkara kebajikan yang mereka lakukan semasa hidup di dunia dahulu didatangkan dalam bentuk kebaikan tidak kira sama ada kecil mahupun besar.
Walaupun kebaikan dilakukan itu hanyalah sekadar memberi minum seteguk air kepada orang yang memerlukan tetapi pahalanya amat besar di sisi Allah SWT.
Sumber: Furu’ Al-Masa’il Wa Usul Al-Wasa’il oleh Maulana Al-Syeikh Daud Abdullah Al-Fathani dan disusun Datuk Abu Hasan Din Al-Hafiz