Apabila bercakap mengenai busana tradisional Melayu, tidak sah kalau tidak memakai tanjak bagi lelaki untuk kelihatan lebih segak, bergaya dan menjunjung warisan budaya ini.
Kalau ditanya siapa gerangan tokohnya dalam alam Melayu di bumi Malaysia ini, salah seorang yang suka untuk penulis angkat adalah budayawan, Dr. Abdul Rahman Tan.
Berdasarkan laporan Utusan Malaysia beberapa tahun lalu, Abdul Rahman telah pun menghasilkan serta memiliki lebih 100 koleksi tanjak dalam simpanannya.
Antara tanjak yang sering digubah adalah Tanjak Kreasi, Tok Beruas, Semangat Bugis, Mahkota Alam, Layar Makutar dan Tikam Seladang.
Dalam masa sama, Abdul Rahman juga memiliki koleksi busana Melayu yang mempunyai pelbagai paten yang boleh dipadankan dengan tanjak.
Abdul Rahman berkata demikian kepada wartawan Utusan Malaysia dalam satu temubual di Butik Ezah Busana Tradisional Melayu, Pelabuhan Klang, Selangor.
Kongsi Abdul Rahman yang mempunyai kemahiran menggubah tanjak, busana Melayu yang lengkap dengan tanjak boleh dijadikan tema untuk pelbagai acara berprestij.
Tidak kiralah sama ada pertandingan nyanyian, anugerah bintang popular, festival filem atau pesta silat, semuanya sesuai untuk diperjuangkan martabat pemakaian busana ini.
Mengulas mengenai keris dan sundang, kedua-dua jenis senjata tersebut sesuai dipakai untuk majlis tertutup dan eksklusif seperti majlis perkahwinan dan majlis adat istiadat dunia persilatan.
“Busana Melayu yang digabung dengan senjata tidak boleh dipakai sebarangan melainkan dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh pemilik senjata dan busana itu sendiri.
“Busana Melayu bukanlah busana biasa. Ia adalah budaya kita sejak ratusan tahun dan para pencintanya masih setia memakainya walaupun semasa majlis kenduri kahwin mahupun majlis keluarga,” katanya.
TANJAK
» Hanya dipakai oleh orang lelaki.
» Terdapat catatan di dalam Hikayat Syair Siti Zubaidah yang mana Siti Zubaidah memakai tanjak hanya ketika menyamar untuk menyelamatkan suaminya.
» Melambangkan bahawa pemakai mengaku bahawa Tanah Melayu ini memang tempat asal usul orang Melayu.
» Pemakai harus memahami simbolik tanjak terlebih dahulu bagi mengelakkan tanjak dipakai pada tempat dan majlis yang tidak sesuai dan melanggari adab memakai tanjak.
» Antara simbolik tanjak ialah ia mewakili bangsa, keturunan dan kerajaan.
» Ia turut dikatakan sebagai mewakili taraf dan kuasa.
Berminat untuk sertai misi sepanggung berbusana untuk menonton filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan pada 23 Jun 2022 di GSC Allamanda, Putrajaya dan bertemu dengan barisan pelakon? Klik daftar & beli tiket di sini!