Sejarah

Disney pernah tayang cerita fasal Orang Melayu, tapi Orang Melayu sendiri tidak tahu!

Mesti ramai yang tidak percaya dengan tajuk ini kan? Sebenarnya memang Disney pernah tayangkan cerita fasal orang Melayu, tapi orang Melayu sendiri yang tidak tahu yang filem itu adalah filem orang Melayu.

Jadi filem yang mana pula kan?

Haa mesti pembawa semua pernah menonton filem Moana kan?

Ala, filem Moana tu. Siapa sahaja yang tidak kenal dengan gadis yang berkulit sawo matang, rambut berketak dan hidungnya yang agak pesek itu kan.

Gadis kepulauan Hawaii yang dipilih’ oleh laut untuk menyelamatkan pulau yang didiami oleh orang kampungnya dimana pulau itu menunggu masa untuk menjadi tandus. Lalu Moana perlu menemukan seorang separa dewa iaitu Maui untuk membantunya menyelamatkan pulaunya itu.

Namun, apa yang menarik perhatian, semestinya filem Moana itu sendiri, tetapi, ciri-ciri penduduk pulau Hawai itu sepertinya pernah dilihat tapi dimana ya?

Melihat kepada ciri fisikal Moana, ianya seakan-akan ciri-ciri orang Melayu kan?

Moana Si Gadis Melayu?

Jadi, adakah Moana ini sebenarnya gambaran seorang gadis Melayu?

Untuk menjawab persoalan ini, mari kita selusuri sedikit sebanyak babak-babak yang ada di dalam filem ini.

Kalau kita lihat, Moana adalah suatu karakter animasi yang sangat terpaut dengan laut. Dalam filem ini, Moana berdepan dengan masalah di mana masalah yang dihadapi adalah kerana dia terlampau suka akan laut sehingga keluarganya berasa risau dengan keselamatannya.

Jiwanya sentiasa terpanggil-panggil untuk turun ke laut untuk mengemudi kapal layar yang dimiliki oleh keluarganya. Walaupun ayahnya sentiasa menghalang Moana untuk pergi belayar, namun jiwanya meronta-ronta dan berhasrat untuk melayarkan kapalnya itu suatu hari nanti. Ini menunjukkan jiwa Moana itu sangat dekat dengan laut.

Ada juga babak musikal yang memaparkan ahli-ahli keluarganya terdahulu yang memperlihatkan Moana sejarah keluarganya yang meredah samudera dengan kapal-kapal yang mereka menaiki.

Dengan bernavigasikan bintang-bintang dilangit dan arah angin, mereka mengemudi kapal-kapal mereka menuju destinasi yang mereka mahu tuju.

Apabila mahu pulang pula, mereka tahu ke mana arah yang hendak dituju. Inilah ciri-ciri pelaut yang handal!

Alat peraga yang ada di sekeliling Moana juga ternyata memainkan peranan yang sangat penting untuk menggambarkan siapa sebenarnya Moana ini.  Salah satunya adalah ayam, khinzir, dan juga kelapa-kelapa yang menjadi musuh menyerang Moana dan Maui sewaktu mereka mengembara bersama.

Bukankah ini elemen-elemen yang sering kita lihat di kawasan-kawasan perkampungan-perkampungan yang ada di Malaysia bahkan di Asia Tenggara juga?

Jika dilihat kembali kepada ciri-ciri yang digambarkan oleh animasi keluaran Disney ini, makanya sudah dapat dicam dengan jelas yang Moana ini mempunyai ciri-ciri yang hampir serupa dengan orang Melayu!

Oleh itu, bagi menjawab soalan di atas, ya para pembaca sekalian, Moana adalah seorang gadis kepulauan Hawaii yang berbangsa Melayu! Menarik bukan?

Mungkin ada yang akan mempersoalkan kebenaran hal ini, namun tidak mengapa, sebab perkara ini mungkin perkara yang asing bagi anda.

Mungkin anda boleh cuba untuk fikirkan perkara dibawah ini.

Orang Hawaii dan orang Melayu

Hawaii dan pulau di sekelilingnya terletak di tengah-tengah lautan Pasifik di antara benua Asia dan benua Amerika.

Namun, budaya dan fizikal orang Hawaii ini lebih menjurus kepada budaya orang Melayu dan tidak langsung memperlihatkan ciri-ciri orang di budaya Amerika.

Namun, jika dibandingkan dengan ciri fizikal orang Hawaii dengan penduduk asal orang Amerika (Red Indian), mungkin ianya punya persamaan, namun, budaya mereka amat berbeza sekali.

Penduduk asal Amerika bukan pelaut seperti orang-orang di Hawaii, dan pakaian mereka juga berbeza.

Orang Hawaii memakai pakaian yang berunsurkan alam di sekeliling mereka dan diperbuat daripada kapas manakala pakaian penduduk asal Amerika pula diperbuat daripada bulu binatang disebabkan oleh iklim mereka yang lebih sejuk.

Budaya mereka juga lebih dekat dengan budaya-budaya orang di selatan Amerika.

Selain dilahirkan sebagai pelayar yang hebat, orang-orang Hawaii juga mempunyai seni bela diri yang sama seperti orang melayu di Malaysia, Indonesi dan Brunei.

Lua, seni pertahanan diri orang Hawaii

Kalau di Malaysia kita ada silat, orang Hawaii pula ada Lua.

Mekanisme Lua ini memang saling tidak tumpah dengan silat dimana Lua ini selain diajar untuk mempertahankan diri, ianya juga adalah untuk mendidik hati pengamalnya untuk mengawal nafsu, seperti kemarahan. Kan sama tu?

Kalau anda ‘google tentang Lua ini, anda akan dapati Lua ini memang mempunyai ciri-ciri yang begitu dekat dengan silat.

 

Selain itu, bahasa orang Hawaii juga seakan-akan sama dengan bahasa Melayu. Cara sebutan dalam bahasa orang Hawaii ini sama dengan sebutan bahasa Melayu.

Walaupun kalau kita dengar mereka bercakap, kita tidak akan faham, namun sesetengah perkataan betul-betul sama seperti ‘lima’ yang maksudnya juga sama dengan bahasa Melayu.

Bahasa orang Hawaii ini juga dikategorikan di bawah induk bahasa Austronesia iaitu sebumbung dengan bahasa Melayu, Indonesia, Tagalog dan lain-lain lagi. Ada beratus lagi bahasa yang menjadi sepupu kepada bahasa melayu ini.

Sebab itulah juga bahasa Melayu pernah menjadi bahasa perantara suatu ketika dahulu, macam bahasa Inggeris sekarang ini. Maksudnya hampir semua orang boleh memahami dan bertutur dalam bahasa Melayu! Wow!

Apa yang lebih mengejutkan, raja terakhir Hawaii, sebelum pulau itu diambil alih oleh orang Amerika, iaitu Raja Kalakaua pernah mengaku sendiri di mana orang Hawaii ini adalah saudara jauh orang Melayu yang telah hilang di dalam buku yang ditulis oleh orang kanan Raja Kalakaua sewaktu ekspedisinya mengelilingi dunia! Tidak disangka bukan.

Raja Kalakaua, raja terakhir Hawaii
Permaisuri Hawaii terakhir, Permaisuri Liliuokalani

Semua sila ambil perhatian!

Semua orang perlu tahu satu perkara ini, tidak kiralah anda Melayu ke Cina ke India ke, bangsa Melayu ini diasporanya sangat luas! Melayu bukan sahaja berada di Malaysia, malah seantero Asia tenggara, ke Filipina sehinggalah ke kepulauan Hawaii ini dipanggil alam Melayu suatu ketika dahulu.

Mengapa dinamakan kepulauan Melayu? Kerana penduduk di kepulauan ini rata-ratanya adalah orang Melayu yang berbeza-beza etnik namun budaya mereka semua hampir sama walaupun terdapat beberapa perbezaan yang kecil.

Merekalah penduduk induk yang telah mendiami kepulauan-kepulauan di wilayah ini sejak dahulu lagi. Bahkan ada sejarawan yang mempercayai orang-orang Melayu ini telah berada di wilayah kepulauan dunia ini sejak daripada pra-sejarah lagi.

Jadi, kalau semua orang faham tentang fakta dan hakikat ini, maka istilah Melayu pendatang itu sememangnya tidak patut langsung dipersoalkan dan yang lain harap silalah faham ya.

 

 

 

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker