Sejarah

Dicipta & Digunakan Bermula Abad Ke-17, Keupayaan Gobek Api Dikaji Jerman

Gobek api ialah sejenis alat yang digunakan untuk menyalakan api. Ia diperbuat daripada kayu atau tanduk dan ada yang dihias dengan perak dan emas.

Fungsinya sama dengan “lighter” atau pemetik api hari ini. Gobek api dicipta dan digunakan di Nusantara sejak abad ke 17 lagi.

Ia berdasarkan prinsip menerbitkan haba melalui pemampatan udara (air compression). Udara yg dimampatkan melalui tekanan omboh (piston) menghasilkan kepanasan sehingga 800°F dan mampu menerbitkan api.

Justeru ia boleh membakar cebisan kapas, kekabu atau habuk dari daun enau atau dedalu yang mudah terbakar yang diletakkan di hujung omboh.

Ertinya saintis Melayu dulu dah faham ilmu kimia, fizik dan biologi utk menghasilkan alat kecil yg merupakan inovasi Melayu ini.

Malah seorang saintis Jerman (maaf saya tak ingat namanya) dalam artikel beliau menyatakan kekaguman terhadap ciptaan Melayu ini dan menganggap gobek api inilah yg mencetuskan idea untuk Jerman menghasilkan sistem enjin diesel (boleh Google la yer dan baca sendiri).

Kedatangan pengembara Eropah ke Nusantara pada abad ke 18 menyebabkan mereka terlihat gobek api ini lalu dibawa pulang dan dikaji.

Akhirnya pada lewat abad ke 18 saintis Perancis dan Britain mendaftarkan paten untuk alat ini seolah-olah mereka la yang menciptanya. Awal abad ke 20 pula seorang pereka Amerika Syarikat mendaftar paten di USA di bawah nama fire piston.

Lihatlah betapa mereka menciplak ciptaan nenek moyang kita, memanggilnya dengan nenek moyang kita primitif serta kolot dan kemudian mengaku yang ia hasil ciptaan mereka.

Di mana prinsip :intellectual property” yang mereka agungkan? Mereka hanyalah kaki ciplak dan mengaku sebagai pencipta.

Apapun sedarlah bahawa orang Melayu telah mencipta teknologi ini 200 tahun sebelum Barat mampu mencipta alat menghidupkan api. Pada tahun 1805 barulah Jean Chancel mencipta mancis di Paris. Pada tahun 1910 barulah Ronson mencipta lighter dan kemudian diikuti Zippo pada tahun 1932.

Jadi sedarlah wahai orang Melayu bahawa anda sebenarnya bangsa yg cerdik dan pernah memberi sumbangan besar kepada tamadun dunia.

Allahu’alam… semoga bermanfaat diketahui.

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker