Masjid Kampung Laut di Nilam Puri, Kelantan merupakan Masjid Tertua di Malaysia, dianggarkan usianya melebihi 672 tahun mengikut perkiraan, kerana ia telah wujud pada tahun 1349 Masehi.
Diikuti masjid kedua Tertua di Malaysia yang masih kukuh binaannya sehingga
kini iaitu Masjid Raja yang lokasinya terletak di Kampung Chepor, Lenggong, Perak.
Usia masjid itu dianggarkan 480 tahun dan dibuka pada tahun 1541 Masehi.
Ketiga ialah Masjid Kuala Dulang yang terletak di daerah Jelebu, Negeri Sembilan, usianya dianggarkan
berusia 403 tahun dan dibuka pada tahun 1618 Masehi.
Fakta ringkas sejarah Masjid Kampung Laut di Kelantan (1349)
Terdapat dua sumber yang kita boleh peroleh di sini.
Sumber yang Pertama :
Menurut Dr. Abdul Rahman Al-Ahmadi, beliau dikatakan mengumpul sejarah lisan penduduk bersama kajiannya
dan menyimpulkan bahawa masjid tersebut dibina 500 tahun dahulu oleh pendakwah-pendakwah dari Champa.
Mereka dikatakan berasal dari pulau Jawa yang membawa bersama pelan prototaip binaan masjid dengan tujuan
membina tiga pusat Islam di negeri Kelantan.
Abd Rahman Al-Ahmadi mendakwa bahawa komponen binaan masjid itu telah dibawa bersama dalam misi
pelayaran mereka untuk membina di tapak yang ditentukan.
Dua daripadanya di Timur Pulau Jawa yang salah satunya dikenali dengan Masjid Agung Demak.
Manakala Masjid Kampung Laut merupakan masjid pertama yang didirikan oleh mereka sebelum mereka
mendarat di Pulau Jawa.
Dengan ini menjadikan masjid Kampung Laut merupakan masjid terawal yang telah dibangunkan berbanding Masjid Agung Demak dan sebagai masjid terawal di rantaunya.
Sumber yang kedua :
Menurut cerita penduduk Masjid ini juga dikatakan telah ada semenjak era zaman Sayyid Hussein Jamadil
Kubra iaitu anak sulung kepada Amir al-Mu’azhzham Syah Maulana Ahmad Sayyid (Ahmad Shah Jalal), seorang
pendakwah dari Deccan, India datang ke negeri Kelantan untuk menyebarkan Islam di situ pada tahun 1349 (Abad Ke-14).
Pada ketika itu jugalah telah terbina sebuah masjid lama yang diberi nama masjid Kampung Laut pada tahun yang sama 1349 Masehi (672 tahun sehingga kini).